BAB 3
CATRIONA. Kedatanganku ke rumah besar ini
disambut oleh pintu gerbang yang memaparkan nama Catriona. Mungkin inilah nama
rumah besar ini. Menurut kertas yang diberi oleh pelayan restoran itu kepadaku,
akan ada sesi temuduga khas untuk jawatan ini. “Kalau boleh dipanggil jawatan,”
bisikku sambil tersenyum sendiri. Sebelum aku datang ke sini, seperti yang
kujangkakan, Syifa memprotes rancanganku ini, tetapi, aku tetap berdegil.
Lagipun aku berjanji dengannya sekiranya aku berjaya, aku cuma akan menjadi
penjaga rumah untuk beberapa bulan sahaja. Akhirnya dia bersetuju.
Aku tahu, aku memang keras kepala, sebab keras
kepala jugalah aku tinggalkan rumahku dan nekad untuk hidup berdikari, mencari
wang sendiri. Aku kini berada di hadapan pintu rumah ini. Pintu kayu yang agak
besar dan bercirikan rekaan zaman Cinderella bagiku. Tapi masih ada beberapa
ciri moden yang melengkapi pintu ini. Contohnya, loceng elektrik yang kini
sedang ku tekan untuk memberitahu kedatanganku, dan bersebelahandengan loceng
itu ada sebuah alat seperti interkom. “ Ya, siapa?” satu suara membalas bunyi
loceng yang ku tekan.
Belum sempat aku menjawab pertanyaan suara itu
sebentar tadi, ada suara lain yang mencelah. Kali ini dengan slanga english
yang kedengaran agak lucu. “ Oh, maaf cik, kita tak order ustazah datang rumahni.
Sorry, awak silap rumah.”. Ustazah? Siapa ustazah? Spontan aku melihat diriku
sendiri. Apa yang kelihatan ustazah pada diriku? Oh. Ya. Aku memakai tudung
labuh tanpa sebarang fesyen. Hatiku terdetik hairan. Bagaimana dia boleh
melihat diriku? Ku dongakkan kepalaku ke atas. Rupa-rupanya di atas pintu rumah
ini ada sebuah kamera kecil. Patutlah suara itu tadi memanggilku ustazah. Aku
bertekad untuk tidak pergi sebelum ditemuduga. Aku menekan punat kecil pada
interkom di hadapanku.
“Excuse me, i’m here for the interview,”
aku mengingatkan suara itu dengan berbahasa English, sekadar mengikut rentak
suara itu.
“Wait! Did you hear that? She was speaking
in English!” Agak terperanjat aku mendengar suara itu kerana ayat itu
dituturkan dengan kuat dengan nada yang seolah-olah teruja. Belum sempat aku
menghilangkan perasaan terperanjatku, tiba-tiba pintu di hadapanku dibuka oleh
seseorang.
“Come in.” Seorang wanita menjemputku
masuk. Melihatkan keadaan diriku yang masih teragak-agak, wanita itu melangkah
keluar dan terus menarik tanganku. Aku hanya mengikut wanita itu berjalan
dengan laju sambil tanganku masih berada dalam genggamannya. Aku kini berada di
dalam rumah yang besar ini.
Subhanallah... cantiknya... hanya itu yang
mampu kubisikkan. Hiasan di dalam rumah ini memang serupa dengan hiasan dalaman
rumah-rumah zaman Kolonial yang selalu kulihat dalam cerita-cerita ‘Mat Salleh’.
Tanganku masih ditarik oleh wanita itu. Aku hanya membiarkan sahaja sehinggalah
kami berhenti di satu ruangan pada rumah besar ini. Ku lihat ada seorang wanita
yang agak tua yang mungkin dalam usia nenekku sedang duduk di atas sebuah sofa
yang antik di sudut ruangan itu. Di tengah-tengah ruangan itu pula terdapat
seorang lelaki dan wanita yang kedua-duanya kuanggarkan dalam lingkungan usia
mama dan daddyku.
Mereka bertiga merenung ke arahku. Aku serba
salah samada mahu memberi salam atau tidak. Akhirnya aku hanya tersenyum dan, “
good afternoon,” hanya itu yang aku mampu ucapkan. Mereka bertiga hanya
mengangguk. Wanita yang lebih muda itu menyuruhku duduk. Tiba-tiba kurasakan degupan
jantungku bertambah laju. Oh tidak. Betulkah apa yang aku sedang lakukan ini?
Aku berjalan dengan berhati-hati menuju ke arah sofa di hadapan wanita itu. Degupan jantungku
semakin laju, mereka bertiga masih memandangku.
“So, u can speak English ha?” Akhirnya wanita di hadapanku bersuara.
“Yes.”
Balasku pendek.
“Status?”
soalnya.
“Sorry?” Aku bertanya semula, kurang
jelas dengan soalannya.
“Kahwin
ke single?”
“Oh, single,”
balasku sambil tersenyum.
Pertuturannya sangat melucukan, berbahasa
melayu dengan slanga English yang seolah-olah saja dibuat-buat.
“Nama?”
“Natasya
Iris Octavia Albert binti Muharrami John Albert.” Matanya membulat seketika
mendengar aku menyebut namaku. Tanpa menunggu soalan seterusnya daripadanya,
aku menerangkan kepadanya mengapa namaku tidak berbunyi kemelayuan.
“Ayah saya punya darah Melayu, Filipina dan
British, ibu saya melayu, nama saya diberikan oleh ayah saya.” Mendengar
penjelasanku, matanya kembali kepada bentuk asal.
“Interesting, bagus, lagipun I
tak biasalah sebut nama Melayu ni.” Terasa loya tekakku mendengarnya. Aku bukan
Melayu tulin, tapi aku sangat berharap agar namaku lebih berbunyi kemelayuan.
“Do you know, the job scope of a house keeper?”
Aku mengangguk-anggukkan kepalaku. Semuanya ada dalam notis iklan yang kuambil
daripada pelayan restoran itu.
“So, if we all ambil you kerja, you
sanggup tinggal sini manage rumahni, cuti dua hari seminggu, but, if
we need you for any special day, you’ll have to cancell your holidays. And, u
have to stay here everyday, there will be a room for you. Do you agree?” Aku mengangguk-anggukkan kepalaku.
“And, you will be paid RM 2500 per month?
Is that agreed?” Aku
mengangguk-angguk lagi. “Ok, you are hired.” Wah. Semudah itu? Ini bukan
interview. Aku diterima bekerja di sini? Boleh tinggal di sini, makan di sini
tanpa mengurangkan sedikitpun duit gajiku? Semudah itu?
“One more, do you have any terms,
conditions? We are trying to be democratic here, lagipun, kita taknak
hilang house keeper yang pandai speaking macam you ni.
Susah nak cari. By the way, call me Mrs. Danielle, this is my husband, Mr.
Daniel and my mother in law, Madam Rosaline ” Wanita itu bersuara lagi.
Syarat apa yang perlu ku kemukakan kepadanya?
Aku berfikir seketika sebelum mengemukakan syaratku. Satu-satunya syarat yang
paling penting bagiku.
“Saya cuma minta kebebasan untuk beribadat,
memakai pakaian yang saya mahu, menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang
Muslimah. Tapi, Mrs Danielle jangan risau, I willnever neglect my job. I’ve been
trained to be a professional.” Ujarku.
Mrs. Danielle kelihatan ragu-ragu dengan
syarat yang ku kenakan. Atau mungkin dia tidak pernah mendengar ‘muslim’ dan
‘ibadah’? Spekulasiku ini bukan saja dibuat-buat kerana perkara pertama yang
kulihat ketika aku melangkah masuk ke dalam ruangan ini sebentar tadi ialah
sebotol minuman berjenama ‘Martini’ dan dua gelas kecil yang masih berbaki
dengan air daripada botol tersebut di atas meja. Ah mungkin saja botol minuman
itu sahaja yang berjenama ‘Martini’, tetapi bukan isi dalamnya. Tidak baik
berburuk sangka, bisik hati kecilku.
“Are you sure u can do your job with that?”
soal Mrs. Danielle sambil menunjukkan muncungnya ke arahku, atau lagi tepat
lagi, ke arah pakaianku.
Aku memandang diriku sendiri, memang aku memakai
tudung labuh dan baju kurung, tapi selama ini, pakaianku ini tidak pernah
menghalang aku daripada melakukan pelbagai aktiviti. Islam tidak menyusahkan
hambanya,monologku sendirian. Aku memandang Mrs. Danielle dan dengan yakin aku
mengangguk,
“I am positively sure.”
Mrs. Danielle mendongakkan sedikit kepalanya
ke atas, seolah-olah gaya seorang yang angkuh seraya berkata, “ We’ll see
about it. Still too early to judge you,” Aku hanya berdiam diri mendengar
kata-katanya.
“Okay, I think that’s all for now. You
boleh mula kerja next week. If
there’sanything you want to ask, find
Margarate, the one who brought you in just now.” Sejurus selepas
mengatakan perkara itu, Mrs. Danielle berdiri dan beredar sambil diikuti oleh
Mr. Daniel dan Madam Rosaline.
Aku masih tidak berganjak dari sofa ini.
Perasaan teruja dan terkejut menyelubungi aku. Aku kini bergelar house
keeper, atau pengurus rumah untuk rumah yang sebesar dan secantik istana
ini. Sudah lama aku berangan-angan untuk tinggal di rumah seperti ini. Nampaknya
impianku menjadi kenyataan, walaupun bukan rumah sendiri. Aku tersenyum
sendiri, pasti Syifa sedih kerana terpaksa berpisah denganku. Syifa...Alamak!
Baru aku teringat, Syifa menungguku untuk
makan tengahari bersama! Aku melihat jam tanganku. Sudah pukul satu. Maafkan
aku Syifa, aku tahu kau belum sarapan, pasti kau tengah lapar sekarang. Aku
membayangkan Syifa sedang duduk di atas katil sambil menggigit bucu bantal. Gaya
yang selalu dia tunjukkan ketika menahan lapar. Aku bingkas bangun dan beredar menuju
ke pintu keluar. Kali ini tanpa Margarate sebagai pengiring. Sampai di luar
pintu, aku mencari-cari kasutku di rak kasut. Hairan. Kasutku tiada di situ.
Oh! Baru aku perasan. Rupa-rupanya, aku tidak menanggalkan kasut ketika masuk
ke dalam rumah sebentar tadi. Aku tertanya-tanya, adakah Mrs. Danielle perasan
yang aku tidak menanggalkan kasut, kerana aku pasti keempat-empat penghuni
rumah ini yang baru kutemui sebentar tadi tidak memakai kasut di dalam rumah.
No comments:
Post a Comment