Thursday 21 August 2014

Octavia untuk Iris Bab 15

BAB 15
Pagi yang terlalu damai. Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata memikirkan jemputan Mr. Smith untuk bersarapan bersamanya. Kenapa kau tak tolak je? Apalah kau ni! Terasa ingin melarikan diri ke pulau yang jauh agar aku tidak perlu memenuhi janjiku untuk bersarapan bersamanya.
Untuk menghilangkan rasa gemuruhku, aku berjalan-jalan sambil bersenam di sekitar Catriona sementara menunggu pukul 8 tiba. Aku memakai pakaian senaman berwarna biru muda yang menutup auratku sebagai seorang wanita Muslim. Aku dapat melihat Bibah dan beberapa orang pembantu rumah sedang menyusun hidangan di atas sehelai tikar di tepi tasik. Apa pula angin Mr.Smith ni sampai nak bersarapan pun macam nak berkelah?
Aku berjalan perlahan-lahan ke tepi tasik. “Assalamualaikum...” aku memberi salam kepada semua yang berada di situ. “Waalaikumussalam...” serentak salamku dijawab. “Saya nampak Mr.Smith sedang pimpin Syerry turun tangga tadi, kejap lagi dorang sampailah,” ujar Bibah dengan senyuman. “Terima kasih,” aku membalas dengan senyuman. “Bibah taknak sarapan sekali ke? Jomlah makan sekali,” aku mempelawa Bibah untuk menyertai acara makan pagi bersama Mr. Smith.
 Kedua-dua orang pembantu rumah yang turut serta menyediakan hidangan tadi sudah beredar menuju ke dapur Catriona. “Eh, takpelah Cik Tasya, saya ni tengok Mr. Smith pun dah takut, apa lagi nak makan depan dia, huru-hura dunia ni jadinya nanti. Nasib baiklah cik Tasya yang dijemput sarapan sekali, bukan saya,” Bibah menolak pelawaanku dengan sedikit gurauan. “Mr. Smith selalu ke ajak pekerja rumah ni makan?” Bibah menggeleng-gelengkan kepala mendengar soalanku itu. “Tak pernah, setahu saya, sejak saya mula bekerja di sini, baru kali ni dia ajak pekerja makan bersama-sama dia. Cik Tasya lah orangnya tu. Bertuah Cik Tasya.” Bibah mencuit bahuku sambil tersenyum nakal. “Bibah...” Aku menjegilkan mataku kepada Bibah, membalas usikkannya itu. Bibah hanya tergelak melihatku menjegilkan mata. “Takpelah Cik Tasya, saya pergi dululah ye. Tu, diorang dah nak dekat tu,” Bibah memuncungkan bibir menunjuk ke arah Mr. Smith yang sedang memimpin Syerry ke tepi tasik, tempatku berdiri menunggu mereka.
Bibah berjalan melepasi Mr. Smith dan Syerry sambil megucapkan selamat pagi kepada Mr. Smith. “Selamat pagi, Natasya.” Mr. Smith mengucapkan selamat pagi kepadaku sambil mendudukkan Syerry di atas tikar. “Selamat pagi, Mr. Smith.”  Aku membalas ucapan selamat pagi itu dengan senyuman. “Duduklah.” Mr. Smith mempelawaku duduk, aku teragak-agak duduk bersimpuh di hadapan Mr. Smith. Syerry duduk di sebelahku. Matanya tekun melihat tasik yang tenang dihadapannya. Aku hanya duduk, tidak tahu apa yang perlu ku lakukan. Orang yang jemput kau datang, takkan memandai-mandai nak makan dulu. Aku memerhatikan Mr. Smith mencapai cawan di hadapannya.
So, Miss Natasya, tea or coffee?” Mr. Smith sedang memegang cawan kosong di tangan kanannya sambil keningnya sedikit terangkat menunggu jawapan daripadaku.
“Er, takpe Mr. Smith, biar saya ambil sendiri,” aku serba salah apabila Mr. Smith cuba untuk menawarkan dirinya untuk menuangkan minuman buatku.
“Takpe, saya yang mempelawa Natasya bersarapan bersama saya, Natasya ialah tetamu saya. So, tea, or coffee?” Terasa panas wajahku. Malu membiarkan majikanku melayanku seperti seorang tetamu.
“Em, okay, tea please,” aku cuba untuk berlagak selamba.
Milk?
Yes please, thank you,” aku terasa seperti seorang puteri dalam kartun Walt Disney. Bersarapan bersama seorang putera yang kacak di tepi tasik dan taman yang indah...Snap!Snap!Tasya, stop dreaming!  Aku menyambut huluran cawan daripada Mr. Smith sambil menundukkan sedikit kepalaku. Malu dengan angan-anganku sendiri.
“Terima kasih,” aku mengucapkan terima kasih setelah cawan bertukar tangan. Aku hanya memerhatikan Mr. Smith menuangkan kopi ke dalam cawan yang diletakkan di hadapan Syerry. Syerry tidak memberikan sebarang respon. Mr. Smith menuangkan teh ke dalam cawannya kemudian meletakkan sehelai daun pudina ke dalam minumannya.
“Sedap tak?” Tiba-tiba Mr. Smith bersuara.
“Sedap?” Aku mengulangi perkataan ‘sedap’. Tidak pasti apa yang Mr. Smith maksudkan.
“Teh O suam, daun pudina?” Mr. Smith memandangku. Kepalaku ligat memikirkan apa yang dimaksudkan oleh Mr. Smith. Akhirnya aku teringat kembali, petang itu...sekeping nota bersama secawan teh O suam beraroma pudina.
“Petang tu...” aku tidak menghabiskan kata-kataku, Mr. Smith seolah-olah memahami apa yang hendak ku katakan.
“Ya, saya belanja.” Mr. Smith menjawab soalan yang belum sempat ku tanyakan. Sekali lagi wajahku terasa panas.
“Terima kasih, sedap,” hanya itu yang mampu kuucapkan. Mr. Smith tersenyum, menampakkan lesungpipit di kedua belah pipinya. Mr. Smith menyapu mentega pada sekeping roti di tangannya kemudian meletakkannya di dalam sebiji pinggan dan menghulurkannya kepadaku. Aku teragak-agak menyambut huluran pinggan itu.
“Margarate bagitahu saya, awak suka makan roti sapu mentega.” Mr. Smith menuturkan kata-kata itu sambil merenungku. Renungan yang sama yang selalu membuatkan aku tidak selesa. Kepalaku menunduk spontan.
“Maaf kalau awak tak selesa. Saya suka melihat awak. Wajah awak beri ketenangan kepada saya. Seperti wajah Syerry.” kali ini aku merasakan wajahku kembali panas. Aku tidak berani mengangkat wajahku, malu dan tidak selesa bercampur baur dalam diriku.
“Boleh saya jadi kawan awak?” Aku mengangkat wajahku mendengar permintaan Mr. Smith. Tiba-tiba Mr. Smith tertawa kecil. Aku mempamerkan wajah hairan. La...gelak pula mat salleh ni.
 “Pipi awak merah.” Spontan aku memegang kedua-dua pipiku.
“Awak seorang yang pemalu... interesting,banyak cakap pula dia ni. Mr. Smith tersenyum memandangku.
“ Boleh jadi kawan saya?” Mr. Smith mengulangi permintaannya.Erk, kawan? Taknaklah.
“Saya cuma pekerja di sini, tidak layak berkawan dengan Mr. Smith,” aku cuba untuk menolak.
Come on, ini bukan zaman antara dua darjat. Saya ikhlas, saya mahu berkawan dengan Tasya. Boleh kan? Bos dan pekerja pun boleh berkawan kan? Tak salah kan?” Mr. Smith menghamburkan rayuannya kepadaku. Aku menyuap roti ke mulutku, mengunyah beberapa kali, masih belum memberikan jawapan kepada Mr. Smith. Aku berpura-pura tidak melihat Mr. Smith yang sedang merenungku. Akhirnya aku menggerakkan kepalaku ke kiri dan ke kanan, “okay...boleh,” aku menjawab tanpa memandangnya.
“Terima kasih, saya sangat hargainya,” aku memandang Mr. Smith sambil mengangguk.
“Kenapa Mr. Smith nak kawan dengan saya?” Entah dari mana datangnya keberanianku untuk bertanya. Mr. Smith yang sedang menyapu mentega pada roti di tangannya berhenti seketika.
You are different. Tak sama dengan orang lain. Saya suka berkawan dengan orang yang different.”
Different? Macam alien?” Aku cuba untuk berlucu. Mr. Smith ketawa mendengar soalanku. Belum pernah aku melihat dia ketawa seperti itu, seperti ketawa seorang yang tidak pernah tertawa sebelum ini.
Different dari segi yang baik,” Mr. Smith menjawab setelah ketawanya reda. Aku tersenyum.
“Mr. Smith fasih cakap Melayu kan. Saya kagum.” Aku semakin rancak menyesuaikan diri.
“Saya belajar dari Syerry.” Pendek jawapannya.
She was my teacher, my nanny. Saya anggap dia seperti ibu saya sendiri. Dia menjaga saya dari kecil, tidurkan saya dengan lagu syair Melayu, bedtime stories Hikayat Melayu, malah bercakap pun dengan Bahasa Melayu. Lagipun, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan Syerry berbanding keluarga saya sendiri,” Ooo, patutlah fasih cakap Melayu. Syerry sedang menyuap makanan ke mulutnya ketika Mr. Smith sedang asyik bercerita tentang Syerry. Terungkai sudah misteri hubungan Mr. Smith dengan Syerry. Aku mengelap sisa makanan yang melekat di pipi Syerry.
 “Awak baik dengan Syerry,” aku berhenti mengelap sisa makanan di pipinya.
“Semua orang dalam rumahni baik dengan Syerry,” aku merendahkan diri dengan pujian itu.
“Tak sama. Mereka baik sebab memang kerja mereka. Nani, sebab dia jururawat Syerry, Margarate, sebab kadang-kadang dia kena bagi Syerry makan. Pekerja-pekerja yang lain, baik dengan Syerry, tapi, kerana saya ialah bos mereka, dan baik mereka ialah dengan cara tidak mengganggu Syerry.” Aku terdiam mendengarnya.
“Natasya, awak  memang baik dengan Syerry. Selama ini, saya selalu perhatikan awak. Sanggul rambut tu, awak yang bagi kan? Seminggu saya berada di sini, rambut Syerry bersanggul cantik. Awak yang buatkan kan?” Tidak kusangka setiap apa yang kulakukan pada Syerry menjadi perhatian Mr. Smith.
“Saya cuma sanggulkan rambut dia, sesiapapun boleh buat macamtu, itukan perkara biasa.” Aku masih cuba merendahkan diri. Mr. Smith menggeleng-gelengkan kepalanya, “Natasya Iris...” aku terpegun mendengar namaku disebut seperti itu, “...bagi saya, awak memang different berbanding orang lain. Belum pernah ada pekerja di sini yang melayan Syerry seperti awak melayan dia. Saya perhatikan, setiap pagi, awak bawa Syerry berjalan-jalan sekitar tasik, setiap malam, awak akan temankan Syerry berbual-bual sebelum tidur. Awak tahu yang dia tidak akan memberi sebarang respon, tapi, awak layan dia seolah-olah dia normal.”
“Ini ke yang Mr. Smith nak bincangkan dengan saya harini?” Aku mencelah setelah melihat dia berhenti seketika. Mr. Smith tertawa mendengar soalanku.
“Kenapa?” Aku tidak berpuas hati melihat tawanya. Apa yang lucu sangat?

“Makanlah,” Mr. Smith menghulurkan sepotong sandwich kepadaku dengan sisa tawanya yang masih terpamer di wajahnya. Laa...aku tanya, dia tak jawab.

No comments:

Post a Comment