Thursday 21 August 2014

Octavia untuk Iris Bab 10

BAB 10
Syifa menghantar aku pulang ke Catriona setelah aku selesai minum petang di rumahnya. Pada mulanya, Mami Suria memujukku untuk bermalam di rumahnya, tetapi aku menolak dengan baik.
“Banyak kerja tak siap lagi, lagipun esok Tasya kerja,” alasanku kepada Mami Suria. Muncung mulut Mami Suria menghantarku ke kereta Syifa.
“Takpe ke kau hantar aku ni? Jauh Cameron tu, nanti kau sampai rumah dah pagi dah.” Tanyaku kepada Syifa setelah keretanya meninggalkan kawasan rumahnya.
“Takpe, aku bukan pergi balik terus, aku stay semalam kat resort sana tu. Mami pun tak kisah, alah, macamlah kau tak kenal aku ni. Aku kan kuat merayau.” Aku hanya mengangguk  mendengar jawapan Syifa.
Perjalanan menuju ke Catriona terasa sekejap sahaja dengan kehadiran Syifa yang memang becok mulutnya disebelahku. Fikiranku melayang kepada kejadian yang berlaku tengahari tadi. Agaknya apa yang berlaku kepada budak yang mencuri tu ye? Kena serah kat polis ke? Makcik ngan anaknya yang bernama Haris tu marah tak sebab aku tak tunggu diorang kat kaunter tu? Aku membiarkan sahaja fikiranku melayang sambil mendengar celoteh Syifa yang sedang memandu masuk ke Catriona.
“Wah! Ini istana ni, bukan rumah ni!” Syifa menjerit kecil setelah melihat Catriona dengan jelas di hadapan matanya. Aku tersenyum.
“ Tutup mulutlah, nanti masuk lalat.” Aku mengusik Syifa yang sedang melopong melihat Catriona. Syifa mengerutkan dahi memandangku.
“Eleh, marah pula dia. Jangan marah, nanti orang taknak buat bini baru tau,” usikku lagi. “ Dahla, aku nak gi check in ni. Dah lewatni, kena call mami pula jap gi, nanti dia risau pula, tempat kau ni dahlah line takde.” Ujar Syifa sambil memerhatikan telefon bimbitnya.
“Kau tak penat ke? Taknak rehat-rehat dulu?” Syifa menggeleng-gelengkan kepalanya. “ Aku nak check in cepat, nak mandi, nak tidur, nanti-nantilah aku datang melawat kau lagi.”
“ Okay... thanks ya sudi hantarkan aku, baik hati sahabat aku ni, nanti, insyaallah kalau aku cuti lagi aku email kau ye.” Aku memeluk Syifa kemudian turun dari keretanya.
“Baik-baik jalan.” Aku melambaikan tanganku kepada Syifa. Syifa membalasnya dan terus memandu keluar dari Catriona.
Aku memerhatikan kereta Syifa sehingga hilang dari pandangan mataku barulah aku masuk ke rumah. Jam di dinding rumah sudah menunjukkan pukul 10 malam. Ahh...nasib baik hari ini hari Ahad, aku masih cuti, bolehlah aku masuk berehat terus. Aku menuju ke dapur. Mesti Margarate sedang menyiapkan bahan-bahan masakan untuk pagi esok. Tekaanku tepat. Margarate masih di dapur.
“Ha! Tasya. Tolong saya sekejap. Saya emergency, mahu ke jamban. Tolong hantarkan makanan ni ke ruang bujur. Sekarang ya” Belum sempat aku berkata apa-apa kepada Margarate, dia sudah meluru keluar. Alamak...laparlah, takpelah, hantar makanan ni jap. Siapa pula yang nak makan kat ruang bujur malam-malam macamni? Aku mengangkat makanan yang tersedia di atas dulang ke ruang bujur. Tiada sesiapa di situ, hanya ada sebatang lilin yang tidak menyala dan sebuah buku di atas meja. Aku meletakkan dulang tersebut di atas meja. Kulit buku itu menarik perhatianku. Macam pernah tengok.
“Author,  Karen Armstrong. Eh, ini macam buku yang Mr. Smith nak beli kat Kinokuniya tadi. Siapa yang ada buku ni kat rumah ni?” Aku bercakap sendirian. Tanpa sedar, aku membuka muka surat pertama buku tersebut dan membaca sambil berdiri. Agak lama juga aku berdiri menghabiskan dua muka surat mukadimah pada buku tersebut.
“Buku yang bagus kan?” Aku menoleh ke belakang. Terkejut. Mr. Smith sedang berdiri bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh memandangku.
“Mr. Smith. Maaf, saya tak sedar Mr. Smith ada kat sini tadi.” Mr. Smith masih memandangku.
“Baru sampai?” Soalnya.
“A’ah,”  pendek jawapanku.
“Dah makan?” soalnya lagi.
“Belum.” Kami berdua senyap seketika.
“Err, saya ke dapur dulu ya Mr. Smith. Selamat malam.” Akhirnya aku bersuara memecahkan kesunyian antara kami. Mr. Smith tidak berkata apa-apa.  Aku mengatur langkah untuk keluar dari ruang bujur itu. Sewaktu akumelepasi Mr. Smith, ada getaran yang wujud dalam hatiku. Entah mengapa, aku pun tidak pasti.
“Makan bersama saya,” Mr. Smith bersuara lagi setelah aku selangkah melepasinya. Aku menoleh ke arahnya. Kali ini, dia tidak berpeluk tubuh, tetapi memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Matanya masih memandangku. Aku teragak-agak untuk menjawab.
“Terima kasih, tapi, tak apa Mr. Smith, saya tak nak mengganggu privacy Mr. Smith.” Aku memulangkan pelawaan itu dengan senyuman.
“Lain kali?” soalnya meminta kepastian.
“ Insyaallah” balasku pendek.
“Saya ke dapur dulu ye,” aku meminta izin untuk beredar. Mr. Smith menganggukkan kepalanya. Aku meneruskan langkah menuju ke dapur, baru beberapa langkah, entah mengapa, hatiku tergerak untuk menoleh ke belakang. Mr. Smith masih memandangku dengan keadaannya yang kembali berpeluk tubuh. Debaran di hatiku kembali lagi, Allah, apa salah aku? Kenapa dia suka memandangku? Perutku sudah mula berkeroncong hebat. Baguslah. Hati berdebar, perut berkeroncong. Aku laparrrr!
*****

Margarate sudah kembali ke dapur ketika aku tiba di situ. Aku duduk di meja makan sambil memerhatikan Margarate menyediakan bahan-bahan untuk dimasak pada esok pagi. “Margarate...laparlah...”rengekku kepadanya. “ Cuba kamu lihat dalam peti sejuk, ada makanan yang tak habis, kamu panaskan sendiri ya?” Aku menepuk tanganku, makanan masih ada. Yeah, yeah! Sambil aku mengeluarkan makanan dari peti sejuk, otakku berfikir tentang Mr. Smith. Kenapa dia ada kat sini? Esok kan hari Isnin. “ Mr. Smith ada outstation di Cameron Highland, seminggu katanya. Sebabtu dia ada di sini malam ni.” Seperti mendengar tanda tanya dalam hatiku, Margarate menjelaskan kenapa Mr. Smith berada di sini pada malam ni. “Ooo, abistu, dalam seminggu ni, dia tidur di sinilah?” Margarate mengangguk. Aku diam selepas itu, menunggu makananku dipanaskan di ketuhar. Hmm...seminggu...

No comments:

Post a Comment