Wednesday 27 August 2014

Octavia untuk Iris Bab 16

BAB 16
Hari Rabu, keadaan di Catriona kembali sibuk. Madam sekeluarga baru sahaja berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Kelihatan beberapa orang pembantu rumah sedang sibuk mengemas dan menukar langsir rumah. Pak Rahim pula sedang bertungkus lumus menyusun bunga-bungaan yang baru sahaja dihantar oleh Ratna’s Nursery. Margarate dan Bibah sedang sibuk menyediakan dan menyenaraikan bahan-bahan untuk dimasak pada hari Ahad ini. Aku sedang duduk di bilik bacaan dengan timbunan kertas yang merekodkan perbelanjaan rumah pada minggu ini.
Kesibukan yang melanda Catriona pada minggu ini adalah disebabkan oleh arahan daripada Mrs. Danielle yang mahu mengadakan parti harijadi buat Madam Rosaline pada hari Ahad ini. Baru sebentar tadi telingaku mendengar rungutan beberapa orang pembantu rumah yang sedang sibuk menukar permaidani. “Dah tua-tua pun nak main parti lagi, menyusahkan betul! Ni baru nak buat persiapan parti, dah penat macamni. Lepas parti nanti lagilah penat mengemas.” Aku tergelak di dalam hati mendengar rungutan itu.
Bukan salah mereka merungut, rumah ini terlalu besar untuk dihias dan dikemaskan, sedangkan yang bertugas mengemas hanyalah tiga orang. Margarate dan Bibah lebih-lebih lagi kepenatan. Mereka berdua terpaksa menyediakan hidangan untuk tetamu-tetamu yang akan hadir nanti. Baru semalam Margarate meminta aku menambahkan peruntukkan untuk mengupah empat orang pekerja tambahan bagi membantu mereka menyediakan hidangan pada hari Ahad kelak. “Kenapa Mrs. Danielle tak guna catering service je? Kan lagi mudah, taklah menyusahkan macamni.” Soalku kepada Margarate. Margarate hanya mengangkat bahu. “Entahlah, katanya tidak mahu bayar lebih, catering service mahal.” Kedekutnya... nak buat majlis besar-besaran tapi tak nak bayar lebih. Giliran aku pula merungut di dalam hati.
Hari ini, masa seolah-olah cepat berlalu, tanpa ku sedari, jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Aku menuju ke bilik Syerry selepas selesai menunaikan solat Isya’. Begitulah rutin hidupku setiap hari di sini. Aku membawa bersama diari Sarimah bersamaku. Syerry sudah berbaring di atas katil ketika aku masuk ke biliknya. “Hai, Syerry. Awalnya naik katil? Syerry dah mengantuk ke?” Aku duduk di atas katil di sisi Syerry. “Saya bacakan diari Sarimah untuk Syerry ye, ala-ala macam bedtime stories lah ni. Boleh kan?” Mata Syerry berkelip-kelip memandang ke atas. “Saya janji, saya hanya bacakan sedikit je. Lepastu, taknak ganggu Syerry rehat.” Aku membuka kisah baru pada diari tersebut. Seperti biasa, tiada sebarang petunjuk waktu yang dicatatkan pada kisah yang seterusnya ini. Mungkin penulisnya sengaja tidak menulis sebarang tarikh mahupun hari di dalam diari ini. Aku membaca dengan suara yang perlahan.
Terlalu banyak peristiwa yang tidak aku lakarkan di dalam diari ini. Biarlah itu semua menjadi kenangan pahit yang tidak akan muncul selama-lamanya di dalam ingatanku. Setelah beberapa minggu berada bersama keluarga Tuan Smith, aku semakin serasi dengan mereka. Aku tidak lagi menjejakkan kaki ke rumah bapak selepas malam aku melarikan diri itu. Aku sudah tidak  mampu menanggung penderitaan hidup bersama keluarga yang tidak pernah menghargai aku... Berlainan sungguh dengan keluarga Tuan Smith. Isterinya, Puan Claudia sangat baik. Tuan Smith juga begitu. Pernah dua tiga kali bapak dan abang Daim datang untuk mengambilku tetapi, Tuan Smith menghalau mereka balik. Kata Tuan Smith, aku tidak ada kene mengena lagi dengan bapak dan keluarga tiriku. Tuan Smith dan Puan Claudia tahu kesengsaraan hidupku. Semuanya daripada mulut Che Tom yang menceritakan segala-galanya kepada mereka ketika dia datang melawatku di sini. Pernah aku cuba untuk beredar dari rumah agam ini, tetapi, suami isteri yang baik hati itu tidak membenarkan. Mereka mahu aku tinggal bersama mereka dan bina hidup baru bersama mereka. Minggu hadapan, aku akan mengikut mereka pulang ke tanah air Tuan Smith, di London. Aku tidak tahu bagaimana kehidupanku di sana kelak. Mujurlah Puan Claudia mencadangkan agar Che Tom ikut sekali. Sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan di sana. Aku bersyukur...masih ada yang menghargaiku...
Aku menghentikan pembacaanku di sini. Ku lihat Syerry sudah melelapkan matanya. “Syerry... Sarimah... betulkah Syerry itu Sarimah?” Aku berfikir tentang tekaanku sebelum ini mengenai Syerry dan Sarimah yang berkemungkinan besar ialah orang yang sama. Hmm...takpe, masih banyak masa untuk merungkaikan misteri hidup Syerry. Aku menyelimutkan Syerry dan memasangkan lampu malap untuk Syerry sebelum beredar menuju ke bilikku. Tidur awal lah, Syerry pun dah tidur, aku pun dah takde kerja nak dibuat.
****
Telefon bimbitku berbunyi ketika aku sedang bersiap-siap untuk tidur. Inilah kali pertama telefon bimbitku berbunyi setelah beberapa hari perkhidmatan talian telefon mudah alih di kawasan ini berfungsi. Siapa pula yang rajin sangat mengganggu ketenteraman peribadi aku ni... aku nak tidurlah... Aku merungut di dalam hati. Ku lihat nama Syifa tertera pada skrin telefon bimbitku. “Ha! Tak reti-reti nak tidur lagi ke? Sibuk call aku malam-malam ni buat apa? Rindu ke...” Tanpa ucapan ‘helo’ aku menyergah Syifa. Kudengar bunyi tawa berdekah-dekah di hujung talian. “Saja je nak ganggu hidup kau, tak boleh ke?” Aku menepuk-nepuk bantal di tepiku dengan kuat. “Ha! Ni aku tengah tepuk bantal nak tidur ni, kau dengar tak?” aku masih cuba bergurau dengan Syifa. “Eleh, peduli apa aku, aku nak kacau gak. Ni, aku call ni tak boleh lama-lama, kredit dah nak abis, aku cuma nak tanya kau, tadi aku terserempak dengan orang gaji kat rumah kau, Kak Midah. Dia tengah  beli barang dapur. Banyak. Macam nak buat kenduri je. Ada apa-apa ke kat rumah kau hujung minggu ni? Kau tak jemput aku pun.” Suara Syifa kedengaran seperti sedang merajuk. Aku mengerutkan dahi, “mana ada. Aku tak tahu apa-apa pun. Daddy aku pun tak cakap apa-apa dengan aku. Kau ni, macamlah tak tahu yang aku tak baik lagi dengan daddy aku.” Aku menjelaskan kepada Syifa. “Yeke? Takpelah, aku nak tanya kau tu je, tapi nanti kalau ada apa-apa jamuan kat rumah kau, jangan lupa jemput aku lak tau. Kot-kotlah jap gi daddy kau call bagitahu kau. Okay, bye, kredit dah habis ni.” Syifa menghabiskan ayatnya dengan cepat. Apalah, call time kredit nak habis. Cakap pun laju macam ayam berkokok. Aku memandang telefon bimbit di tangan kananku dengan perasaan geram. Tapi, apa yang Kak Midah buat beli barang dapur banyak-banyak, orang kat rumah tu tak ramai pun. Daddy nak buat kenduri ke? Kenduri apa? Jamuan? Jamuan apa? Ahh, aku bukannya ada kena mengena dengan apa yang daddy nak buat kat rumah tu. Tidur lah.
Aku merebahkan diri ke atas katil sambil memeluk bantal. Meski aku cuba untuk melelapkan mata, namun aku masih gagal untuk mengembara ke alam tidur. Mataku tertutup rapat, namun mindaku masih ligat berfikir. Jamuan apa ya? Mesti ada jamuan ni. Kak Midah tak pernah beli barang dapur banyak-banyak sekaligus. Mak tiri aku tu kedekut nak bagi duit banyak-banyak sekaligus kat Kak Midah. Kalau dia beli banyak-banyak barang dapur tu, mesti daddy yang bagi duit. Tu pun bila ada jamuan kat rumah. Telefon bimbitku berbunyi lagi. Aku membuka mataku. Syifa lagi ke? Tanpa berubah dari kedudukan berbaringku, aku mengambil telefon bimbitku yang berada di atas meja di sebelah katilku. Kelihatan nama daddy tertera pada skrin telefon bimbitku. Aku membulatkan mataku, seakan tidak percaya bahawa pemanggil yang kedua ini merupakan daddyku. Aku membiarkan telefon bimbitku berbunyi sehingga ia berhenti. Aku masih teragak-agak untuk menjawab panggilan daripada daddyapatah lagi bercakap dengannya setelah beberapa bulan aku tidak bertegur sapa dengannya.  Tapi, mungkin ada sesuatu yang penting daddy nak bagitahu. Something emergency maybe?  Telefon bimbitku berbunyi lagi, kali ini, aku mengambil keputusan untuk menjawab panggilan telefon.
 “Helo...” Senyap di hujung talian.
“Helo, daddy, kalau taknak cakap, Tasya off handset,” aku bersuara seolah-olah mengugut daddyku.
“Helo, Tasya. Apa khabar anak daddy? Sihat?” akhirnya daddy bersuara.
“Sihat. Kenapa daddycall malam-malam ni?” aku bertanya dengan suara yang mendatar. Terasa biadab bertanya seperti itu, namun, aku tidak mampu untuk bersuara ceria dan dengan iklasnya menerima panggilan daddy.
 “Tasya, Jumaat ni, boleh ambil cuti tak?” Daddy bertanya dengan nada berhati-hati.
“Ada apa?”
 “Daddyingat nak buat jamuan sikit kat rumah. Tasya boleh cuti tak?” daddymengulangi pertanyaannya.
“Tengoklah dulu macam mana.” Aku menjawab acuh tak acuh.
“Tasya... daddy tahu, hubungan kita selepas pertengkaran haritu dah tak okay, tapi, daddy harap, Tasya beri peluang kepada daddy untuk minta maaf denganTasya. Salah daddyokay, anggaplah jamuan hari Jumaatni untuk membaiki hubungan kita berdua. Bolehkan?” daddy meminta dengan penuh mengharap. Aku mengeluh, sedikit terkesan dengan rayuandaddy itu. “Hmm...Insyaallah, Tasya tak janji, but i’ll try my best.” Hanya itu yang mampu ku katakan buat masa ini. “Okay. Nanti Tasya inform daddy ye kalau Tasya dapat cuti.”
“Okay,insyaallah, good night, assalamualaikum...” Tut... aku menekan punat off sebelum sempat daddy membalas ucapan selamat malam dan salamku. Patutlah Kak Midah beli barang dapur banyak-banyak, ada jamuan rupanya... Aku berbaring sambil merenung ke atas. Sedang berkira-kira samada mahu mengambil cuti atau tidak. Tiba-tiba, telefon berbunyi lagi, kali ini nombor yang sangat asing bagiku tertera di skrin telefon. Siapa ya?
 “Helo,” Tidak kedengaran sebarang bunyi di hujung talian.
“Helo,” aku menguatkan sedikit suaraku.
“Natasya, hi.” Aku terdiam mendengar suara itu. Mirip suara Mr. Smith, tapi, betulkah dia?
“Mr. Smith?” aku meneka dengan suara perlahan.
“Maaf ganggu malam-malam begini, I just want to hear your voice.” Betullah Mr. Smith! Dia kan kat London sekarang ni. Sekarang dah pukul berapa kat London? Gila ke apa call orang jauh-jauh ni.
 “Selamat malam, nanti saya telefon lagi. Sweet dream...” Klik. Terdengar bunyi gagang telefon diletakkan. Telefon bimbitku masih melekap di telingaku. Masih terkejut dengan panggilan daripada Mr. Smith.




No comments:

Post a Comment