Wednesday 27 August 2014

Octavia untuk Iris Bab 17

BAB 17
“Kak Midah, nak masak untuk berapa orang ni? Tasya tolong ye?” Aku menawarkan diri untuk membantu Kak Midah di dapur. Aku baru sahaja selesai menunaikan solat Asar. Aku berada di rumah daddy sejak tengahari tadi. Kelihatan Kak Midah agak kelam kabut menyediakan bahan-bahan untuk memasak hidangan untuk makan malam nanti. “Daddy Tasya pesan buat untuk enam orang, tetamu yang datang ada dalam tiga orang je, tapi Kak Midah jadi bingung pula entah apa yang Kak Midah nak masak untuk malam ni. Kak Midah ingat nak masak lepas Zuhur tadi, tapi, takut tak fresh pula nanti.” Aku menghulurkan tangan untuk mengambil sekeping kertas yang terlekat di peti sejuk.
“Kertas apa ni Kak?” Tedapat beberapa jenis nama hidangan tertulis pada kertas tersebut. “Ha, tu lah yang Kak Midah pening ni. Mak tiri kamu tu suruh masak benda-benda yang dia tulis kat kertas tu, tapi akak tak reti lah. Mana lah akak tahu macam mana nak masak spagetti lah, bolognaise lah, steak lah. Kak Midah ni lulus masakan melayu je.” Aku tergelak kecil mendengar rungutan Kak Midah. Buang tebiat agaknya si Fazurina ni, entah-entah dia sendiri yang teringin nak makan benda-benda ni semua.
 “Takpe lah Kak, biar Tasya tolong akak masak. Setakat spagetti tu boleh la Tasya buatkan. Menu yang lain-lain tu kita tukar je lah, tak payah nak ikut sangat apa yang dia tulis kat sini ni ha,” aku merenyukkan kertas di tanganku dan membuangnya ke dalam tong sampah di sebelahku.
“Takpe ke Tasya? Mak tiri kamu tu tak marah ke nanti?” Kak Midah mengerutkan dahi memandangku.
“Alah, setakat dia tu, peduli apa Tasya kalau dia nak marah. Eh, jomlah masak, kang tak sempat siap pula.” Aku bingkas membuka peti sejuk dan mengeluarkan bahan-bahan untuk di masak.
*****
“Kak Midah! Kak Midah” kedengaran suara ibu tiriku menjerit lantang memanggil Kak Midah. “Kak Midah kenapa masak benda-benda ni semua? Kan saya dah bagi menu kat Kak Midah, kenapa tak masak yang saya suruh masak?” Cepat-cepat aku keluar daripada bilikku sambil menyematkan keronsang pada tudung di bahuku.
“Saya yang suruh Kak Midah masak. Kalau nak suruh masak ikut menu tu, alamat tak makan lah kita malam ni. Mana lah Kak Midah reti masak benda-benda tu semua. Kalau Cik Ina nak makan juga, tempah je lah kat luar.” Aku membela Kak Midah yang sedang tertunduk di hadapan ibu tiriku. Ibu tiriku mendengus marah.
“Kau memang saja kan nak sakitkan hati aku? Sebabtu kau suruh Kak Midah masak benda-benda ni semua kan? Dah puas hati kau?” Mata ibu tiriku merenungku dengan marah.
 Aku membalas renungannya dengan selamba, “Cik Ina ni, kalau tak berburuk sangka dengan orang lain tak boleh ke? Kak Midah ni mana lah reti masak benda-benda yang Cik Ina suruh masak tu. Kalau kita tak tukar menu, tetamu-tetamudaddytak makan lah malam ni, tu pun tak reti nak fikir ke? Lain kali kalau nak suruh Kak Midah masak, tanyalah dulu Kak Midah reti ke tak masak benda-benda yang Cik Ina suruh tu.” Aku tidak meninggikan nada suaraku ketika membela diriku, nada suaraku masih kedengaran normal, cuma mungkin agak sinis sedikit.
 Cik Ina seperti mahu membalas kata-kataku, namun, belum sempat dia mengatakan apa-apa, daddy muncul di ruang makan. “Semua dah siap? Diorang dah sampai tu, jom keluar.” Cik Ina menjelingku tajam. Masih belum berpuas hati barangkali kerana gagal mematahkan hujah-hujahku sebentar tadi. Aku hanya mengangkat kening sambil tersenyum. Aku membiarkan sahaja daddydan Cik Ina beredar ke ruang hadapan.
Aku mengekori langkah Kak Midah menuju ke dapur untuk mengambil makanan yang masih belum di bawa ke ruang makan. “Eh, Tasya tak pergi sambut tetamu ke? Takpelah, biar Kak Midah je yang susun makanan-makanan ni semua.” Kak Midah terkejut melihatku mengekorinya ke dapur. “Alah, kejap lagi diorang terus masuk ruang makan jugak kan, nama pun jemputan makan malam.” Aku menjawab dengan selamba. Kak Midah hanya mengeluh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar jawapanku. “Kamu ni kan Tasya, suka sangat buat benda-benda yang daddy kamu tak suka. Macam manalah tak gaduh hari-hari...” Aku tergelak kecil mendengar rungutan Kak Midah. “Alah, daddydah masak pun dengan perangai Tasya ni, agaknya kalau Tasya tak buat perangai dalam sehari, daddypun tak boleh duduk diam. Dahlah, jom angkat pinggan mangkuk ni.” Aku beredar menuju ke ruang makan sambil membawa pinggan mangkuk di tanganku.
            Tetamu-tetamudaddy masih lagi berada di ruang hadapan ketika aku sampai di ruang makan. Suara mereka berbual semakin dekat menghampiri ruang makan. Aku menyusun pinggan mangkuk di setiap kerusi yang tersedia di meja makan sambil menunggu daddy dan tetamu-tetamunya.“Eh, Natasya pun ada.” Aku menoleh ke arah suara itu. “Datin, Dato’.” Ada sedikit reaksi terkejut pada diriku. Tak sangka pula tetamu-tetamu daddy malam ni ialah Datin Syarifah Ainon sekeluarga. Aku hanya menganggukkan kepalaku kepada Haris sambil tersenyum. Haris turut membalas senyumanku sambil mengangguk sekali.
 “Jemputlah duduk semua, kita pun dah lewat nak makan malam ni.” Daddy menjemput semua tetamunya duduk. Aku mengambil tempat disebelah Cik Ina, namun, selang sebuah kerusi. Ada segaris reaksi tidak senang pada wajah daddymelihat sikapku itu, Cik Ina pula ku lihat sedang mempamerkan senyuman yang saja dibuat-buat. Aku tahu, dia sedang mengutukku di dalam hatinya. Ah Tasya, kau ni, buruk sangka je lah.  Aku tahu, tidak wajar bagiku berkelakuan sebegitu di hadapan tetamu-tetamu daddy, tetapi, setiap kali aku duduk berdekatan dengan Cik Ina, badanku terasa panas. Langsung tidak ada keserasian di antara kami. Aku hanya mempamerkan wajah yang selamba, seolah-olah aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Tetamu-tetamu daddy pula, ku lihat seperti tidak kisah dengan kelakuanku. Malah, ku lihat, wajah Datin dan Dato’ dihiasi dengan senyuman apabila Haris menarik kerusi dan duduk bertentangan denganku.
             “Wah, banyaknya makanan. Natasya ke yang masak semua ni?” Soalan ramah Datin Syarifah Ainon disambut dengan senyuman lebar daripada daddy dan Cik Ina.
“ Memang Natasya yang masak pun, Datin. Natasya ni memang pandai masak, sebut je nak makan apa, semua dia boleh masak.” Cik Ina menjawab soalan Datin Syarifah Ainon tanpa dijemput. Ada sedikit bunyi sindiran pada kenyataan Cik Ina. ‘Semua dia boleh masak’, nak perli aku lah tu sebab tak masak ikut menu yang dia nak. “Yeke? Wah bertuah siapa yang kahwin dengan Tasya ni. Serba serbi dia pandai.” Datin syarifah Ainon memujiku. Kulihat Cik Ina tersengih-sengih mendengar pujian yang diberikan kepadaku. Eh, macam dia pulak yang kena puji.
“Saya masak benda biasa-biasa saja Datin, mungkin luaran nampak macam sedap, rasanya belum tentu sedap,” aku merendah diri dengan pujian yang diberikan, dalam masa yang sama, respon yang kuberikan ini terasa seperti menyindir Cik Ina yang masih lagi tersengih-sengih. Hmm... macam Cik Ina, wajah je nampak cantik, tapi hati belum tentu cantik. Setiap kali berkumpul bersama-sama dengandaddy dan Cik Ina, aku tak berupaya untuk menolak diriku daripada prasangka-prasangka buruk terhadapnya. Mungkin kerana daripada awal perkenalan kami, dia tidak pernah melayanku dengan baik.
“Okay, nampaknya semua orang dah ada, so, kita terus kepada agenda dinner kita lah. Dato’ nak bacakan doa makan?” daddy mempelawa Dato’ Syed Harun untuk membacakan doa makan.
Dato’ Syed Harun mengangkat kedua-dua tangan menolak pelawaandaddy.
“Saya rasa, baik kita bagi orang muda yang bacakan doa makan. Haris, please,” Dato’ Syed Harun memandang Haris sambil menganggukkan kepalanya sebagai satu arahan menyuruhnya membacakan doa makan.
“Hah. Err, okay.” Haris tersentak, terkejut barangkali dengan arahan yang datang dengan tiba-tiba. Haris menadah tangan kemudian membacakan doa makan dengan lancar. I’m quite surprise, he can recites doa makan dengan lancar. Dalam diam aku memuji Haris. Pada pandanganku, Haris sama seperti beberapa orang kenalanku yang sudah lama meninggalkan beberapa amalan Islam seperti doa setelah beberapa tahun menetap di luar negara.
“...Amin...” serentak semua orang mengaminkan doa makan yang dibaca oleh Haris.
“Jemput makan semua,” daddymempelawa semua orang menjamu selera.
Ku lihat Haris hanya memandang hidangan di atas meja. Ada beberapa ketika kulihat dia seolah-olah cuba meraih perhatian daripada Datin Syarifah Ainon yang sedang menyenduk sup ke dalam mangkuknya.
“Em, ibu...” akhirnya Haris bersuara memanggil ibunya dengan suara yang perlahan.
Datin Syarifah Ainon mengangkat kepala memandang Haris. “ Ada apa Haris?”
“Err, benda yang Haris selalu menyusahkan ibu tu...? does this keyword ring a bell?” Haris mengerutkan dahinya sedikit ketika meluahkan kata-kata itu kepada ibunya.
“Oh. I’m sorry, ibu terlupa...”
“Kenapa Datin, ada apa-apa masalah ke?”daddy mencelah sebelum Datin Syarifah Ainon sempat menyambung kata-katanya.
“Eh, takde apa-apa masalah, saje je si Haris ni. Takde apa-apa pun,”
Are you sure?” daddy meminta kepastian sekali lagi.
“A’ah, takde apa-apa, alah, ada benda yang si Haris tiba-tiba teringat lah tu,” nafi Datin Syarifah Ainon lagi.
“Oh, by the way, saya lupa pula, Remy, Rina, ni lah anak akak yang bongsu tu. Syed Haris Hakimi namanya. Tasya dah kenal kan? Dah pernah jumpa kat Kinokuniya dulu kan?” Datin Syarifah Ainon memperkenalkan Haris kepada kami. Aku menganggukkan kepalaku sekali. Aku mengalihkan pandangan mataku kepada Haris. Tidak sengaja, mataku dan mata Haris bertentang. Spontan Haris mengenyitkan mata sambil tersenyum kepadaku. Eh, apasal pulak kenyit mata kat aku? Orang nampak tak dia kenyit mata kat aku, gosip kang. Eh, perasan pulak. Dia kenyit mata tu tanda dia say hi la kat aku. Apalah.
Aku membalas senyuman Haris sambil cuba untuk bersangka baik terhadap kenyitannya sebentar tadi.
Jamuan makan malam berjalan lancar. Daddy dan Cik Ina rancak berborak dengan Dato’ dan Datin manakala aku dan Haris hanya mendiamkan diri. Sesekali ada juga Datin dan Dato’ berbual-berbual denganku sambil memuji-muji hidangan makan malam yang mereka nikmati. Kebanyakan masanya, aku hanya merendah diri dengan memulangkan semua pujian itu kepada Kak Midah yang bertungkus lumus menyediakan hidangan makan malam kami.
 Selesai acara makan malam, aku beransur menuju ke dapur untuk membantu Kak Midah mencuci pinggan mangkuk kotor.Daddy dan tetamu-tetamunya sedang rancak berbual-bual di ruang tamu sambil menikmati puding koktel yang kusediakan pada petang tadi.
“ Err, sorry, ni nak letak kat mana ye?” Tiba-tiba Haris muncul dengan membawa bekas makanan pada tangannya.
“Eh, Haris. Tak payahlah tolong-tolong angkat, awak kan tetamu,” aku menyambut bekas makanan yang dihulurkan oleh Haris kepadaku. Ku lihat, tangannya sedikit menggeletar.
“It’s nothing, saya tak tahu nak buat apa kat luar tu, perbincangan orang-orang tua, saya tak boleh nak joint pun. Do you mind if i help you wash those dishes?” Haris menawarkan pertolongan kepadaku dan Kak Midah.
“Eh, mana boleh, nanti ibu awak cakap saya buli awak pula. Awak duduk je lah kat luar tu, tengok-tengok apa yang ada kat rumah ni,” aku menolak tawaran bantuan daripada Haris.
Sorry, saya tetap nak menyibuk kat sini,” Haris menyarungkan apron ke tubuhnya kemudian terus menuju ke sink untuk membasuh pinggan. Aku hanya terkaku.
“ Kalau awak yang basuh pinggan, habistu, apa saya nak buat?”
Haris tertawa kecil mendengar soalan ku. Apa yang lucunya?
“Duduk je kat situ. Besides, saya pernah keja cuci pinggan masa kat UK dulu. Saja cari pengalaman, so, bidang mencuci pinggan ini adalah kepakaran saya yang nombor satu. Apa orang kata, let the experts do their job?”
Aku tertawa mendengar gurauan Haris itu. “Seriously? Awak memang pernah kerja cuci pinggan ke dulu?” Dalam tawa aku meminta kepastian fakta daripada Haris.
“Betul... Bukan cuci pinggan je, masak pun saya pandai tau. Tapi saya cuma tahu masakan western, masakan orang Itali, masakan Melayu saya tak reti. Ha, saya paling pakar sediakan spagetti yang lazat.” Haris berbual denganku sambil tangannya ligat mencuci pinggan.
“ Ha, Kak Midah boleh belajar masak masakan orang London dari Haris,” aku mengusik Kak Midah yang sedang memindahkan baki-baki makanan ke dalam bekas yang lebih kecil.
“ Aku pulak yang kena.” Kak Midah merungut dalam nada berseloroh. Aku tertawa mendengar rungutan Kak Midah.
Tiba-tiba aku teringatkan peristiwa makan malam tadi, Haris tidak menjamah sedikit pun nasi dan lauk yang dihidangkan di atas meja. Dia hanya menjamah sedikit buah-buahan yang menjadi pencuci mulut.
“Haris, awak  tak lapar ke?” Lancar sahaja soalan itu keluar daripada bibirku.
Not just hungry, but starving, haha,” sempat lagi Haris bergurau sambil menjawab soalanku.
“Kenapa tadi awak tak makan nasi, tak sedap ye?”
“ Oh, tadi, em... Don’t get me wrong, em, saya tak makan bukan sebab tak sedap, sebenarnya, saya tak makan makanan orang Melayu.”
“Wah! Truely Western,” aku melafazkan kata-kata itu tanpa sedar.
“Ops! Sorry,” aku meminta maaf kerana takut menyinggung perasaan Haris.
Haris tergelak kecil, “it’s okay. Sebenarnya, bukan saya ni berlagak taknak makan makanan orang Melayu. I wish i could eat Malays foods. Dulu ya, memang saya makan, tapi selepas satu insiden keracunan makanan masa saya kecil dulu, saya jadi trauma. Dah tak boleh makan makanan orang Melayu.”
“Wow, keracunan makanan boleh buat orang trauma.” Sekali lagi aku mengatakan sesuatu tanpa berfikir.
“Err, sorry, tak bermaksud menyindir. Cuma terkejut. Sorry, bad mouth, bad mouth.” Aku membuat gaya seolah-olah menampar mulutku.
Haris tertawa lagi. “Yup. Trauma. Masa tu kenduri kat rumah saudara. Seminggu terlantar di hospital, saya pun tak pasti kenapa saya kena duduk dalam wad begitu lama. Doktor masukkan air dalam badan. Oh I hate it! sampai sekarang, saya takut pada jarum. Haha. A bit childish kan? Tapi itulah yang berlaku.” Haris sudah siap membasuh pinggan mangkuk. Dia kini menyandar pada kabinet dapur sambil memeluk tubuh mengisahkan alasan mengapa dia tidak makan makanan Melayu. Macam Mr. Smith. Mr. Smith? Kenapa tiba-tiba teringatkan dia?
So, kesimpulannya, ya, memang betul, saya sedang kebuluran sekarang ini.” Kali ini aku dan Kak Midah sama-sama tertawa mendengar ayat yang dituturkan oleh Haris itu.
“Em, Haris, awak makan kek tak?”
Cake? My favourite. Now that you mention it, saya jadi bertambah-tambah lapar. Kenapa?” Haris mengusap-usap perutnya.
Aku bangun dari kerusi kemudian menuju ke peti sejuk. Aku mengeluarkan sebiji kek yang masih belum di potong daripada peti sejuk dan meletakkannya ke atas meja.
“Wow, kek coklat,” Haris berdiri lebih tegak apabila melihatku mengeluarkan kek coklat daripada peti sejuk.
“Nah. Try it. Kalau tak sedap, sorry, saya baru buat petang tadi. masih fresh.”
Aku menghulurkan sepotong kek coklat kepada Haris. Haris menggosok-gosok kedua-dua tapak tangannya sambil menyambut huluran pinggan itu.
This is great, thank you,”
Haris menyuap sedikit potongan kek coklat ke mulutnya. Dan sesuap lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi...habis!
“Nak lagi? Boleh?” Haris menghulurkan pinggan kepadaku, meminta untuk diisikan semula dengan sepotong kek coklat.
“Awak suka ke?”
“Suka? I love it. Sedap. Kedai kek pun belum tentu boleh buat kek sedap macam ni. Patutlah ibu saya asyik puji masakan awak, awak memang pandai masak,” Aku tersipu-sipu mendengar pujian Haris. Tak cukup saiz lubang hidung ni nak mengembang...
Keluarga Dato’ Syed Harun meminta diri untuk pulang pada pukul 10 malam. Aku memberikan sebuah bekas makanan kepada Datin Syarifah Ainon yang berisi beberapa potong kek coklat.
“Maaf, Tasya tak tahu Haris tak makan makanan orang Melayu, tadi mungkin dia tak kenyang, Tasya gantikan dengan kek coklat,”
Datin Syarifah Ainon tersenyum sambil mengambil bekas makanan itu daripada ku.
“Mana Tasya tahu Haris tak makan makanan Melayu?”
“Oh, tadi, masa kat dapur, Haris bagitahu saya.”
“Sebut-sebut nama Haris ni rindu ke?” Haris yang baru sahaja muncul bersama-sama dengan daddy dan Dato’ Syed Harun menyampuk perbualan kami.
“ Haris mengadu kat Tasya ye...”  Datin Syarifah Ainon mengusik Haris yang kini sedang berdiri bersebelahan dengannya.
“Mengadu apa?” Haris mengerutkan dahinya mendengar soalan daripada ibunya.
“Mengadu pasal Haris tak makan makanan Melayu, ooo dah pandai sekarang ye...” Datin Syarifah Ainon semakin rancak mengusik Haris.
“Aduh. Kantoi!” Haris menepuk dahinya. Semua orang ketawa melihat gelagat Haris yang selamba itu.
“Apa kat tangan ibu tu? Takkan tak kenyang-kenyang lagi. siap bungkus bawa balik makanan nampak?” Giliran Haris pula mengusik ibunya.
“Ini untuk Haris lah. Tasya yang bagi tadi. Kek coklat.” Datin Syarifah Ainon menghulurkan bekas makanan itu kepada Haris. Haris mengambil bekas itu daripada ibunya dengan senyuman yang lebar.
“Eh. Bukan untuk Haris je. Datin dan Dato’ pun boleh makan.” Aku membetulkan kesilapan fakta itu. Kang nampak macam aku terhegeh-hegeh nak ngorat anak teruna orang pulak kalau kek tu Datin kata untuk Haris saja.
“ Alah Tasya, kalau dah sampai ke tangan si Haris ni, takde siapa yang sempat menjamah kek ni Tasya. Lebih-lebih lagi kek coklat. Itu memang favourite dia tu.” Ujar Datin Syarifah Ainon.
Aku hanya tersenyum mendengarnya. Haris dan keluarganya meminta diri untuk pulang selepas perbualan yang singkat itu. Aku terus menuju ke bilikku selepas kereta Mercedez yang dipandu Haris hilang dari pandangan mata.



No comments:

Post a Comment