Thursday 21 August 2014

Octavia untuk Iris Bab 13

BAB 13
Sudah hampir seminggu Mr. Smith di sini. Sejak malam dia mengajakku makan bersama, aku sudah tidak bertembung lagi dengan Mr. Smith. Misteri teh O daun pudina sudah ku lupakan. Diari Sarimah, walaupun berada dalam simpananku, namun aku belum berpeluang untuk meneruskan bacaanku. Terlalu banyak urusan yang perlu kuselesaikan. Madam ada menelefon memberitahu yang mereka akan balik ke Catriona hujung minggu ni. There comes the hell. Bisik hatiku.
Aku tahu, tidak pantas buatku merungut, tetapi kadang-kadang, bila keluarga Madam ada di sini, aku tidak mampu menyelesaikan kerja-kerja yang ku jadualkan untuk ku selesaikan pada hari tersebut. Masa-masaku banyak diisi dengan melayani karenah-karenah Madam sekeluarga. Cuma tiga orang, tapi cukup menghuru-harakan duniaku. Hari ini hari Sabtu, dan aku bercadang untuk ke Kuala Lumpur bertemu Syifa sambil melepaskan rindu terhadap mami Suria. Aku juga perlu mengambil beberapa dokumen  penting yang ku tinggalkan di rumah daddy. Aku bertemu Syifa di butik mami Suria.
Selepas beberapa ketika berada di sana, aku mengajak Syifa menemaniku pulang ke rumah daddy. “ Kalau ada orang lain, mak tiri aku takdelah sibuk nak cari ruang bergaduh dengan aku.” Alasanku kepada Syifa. Nasib baik Syifa bersetuju, bolehlah aku mengelak dari sebarang peperangan dengan ibu tiriku. Ketika aku tiba di rumah, ada sebuah kereta Mercedes selain daripada kereta daddy berada di tempat letak kereta. “ Bapak kau beli kereta baru ke?” soal Syifa. Aku hanya mengangkat bahu. “ Entah.”  Balasku. “ Ada orang datang kot,” aku meneka-neka. Aku mengajak Syifa masuk ke rumah. Tekaanku tepat. Ada dua orang tetamu sedang rancak berbual dengan daddy dan ibu tiriku.
“ Assalamualaikum,” salam tetap ku beri untuk menjaga air muka daddy. Walaupun sebelum ini aku merancang untuk masuk sahaja ke dalam rumah tanpa menghiraukan penghuni rumah ini. Marahku pada daddy masih bersisa.
“Waalaikumussalam,” serentak keempat-empat kepala menoleh ke arahku.
“Err, Dato’, Datin, ni anak saya, Natasya.” Ujar daddy memperkenalkan aku kepada tetamu yang duduk di hadapannya. Ada riak terkejut pada wajah daddy. Mungkin terkejut kerana tidak menyangka yang aku sudi untuk memijakkan kaki ke rumah ini lagi. Ibu tiriku yang duduk di sebelah daddy semacam tidak senang dengan kehadiranku di sini. Aku tidak memperdulikan reaksi mereka, dengan perlahan aku mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Aku terpaksa menyalami tetamu wanita itu. Syifa mengikuti di belakang.
“Lah... anak kamu ke Remy? Akak dah pernah jumpa dah. Ingat lagi tak siapa ni?” Aku mengangkat wajahku melihat empunya suara yang menyalamiku dengan mesra. Seorang wanita yang amat ku kenali wajahnya setelah dua kali bertemu.
“Eh, makcik. Maaflah, tak perasan tadi.” Dengan sedikit tersipu aku memohon maaf. Wajahku ku alihkan sedikit kepada suami wanita itu, tersenyum kepadanya sambil menganggukkan kepala sekali. Senyumanku di balas dengan mesra.
“Makcik tak pernah tahu nama kamu, akhirnya berjodoh jumpa di sini. Siapa nama anak Remy tadi? Natasya?” Aku dan Syifa duduk di atas sofa yang kosong bersebelahan dengan daddy, bertentangan dengan tetamu itu. Daddy menganggukkan kepala mengiakan soalan itu.
“Ha, Tasya, ni Datin Syarifah Ainon, ni suami Datin, Dato’ Syed Harun.” Daddy memperkenalkan aku dengan tetamu-tetamu di hadapanku secara rasminya.
“Datin cakap tadi macam pernah jumpa dengan anak saya je, pernah jumpa ke?” Soal daddy kepada Datin Syarifah Ainon.
“Ha’ah, adalah dalam dua kali jumpa. Itupun sekejap je. Panjanglah ceritanya. Tak sangka pula Tasya ni anak kamu.” Ujar Datin Syarifah Ainon sambil tergelak kecil.
“Hah, Non ni kalau dah sampai ingat muka walaupun baru jumpa dua kali je mesti ada apa-apa kat fikiran dia ni,” sampuk Dato’ Syed Harun pula. Datin Syarifah Ainon masih tergelak. Aku dan Syifa hanya tersenyum.
“Anak yang duduk sebelah Tasya ni siapa pula? Anak kamu juga ke Remy?” Datin Syarifah Ainon bertanya sambil memandang Syifa.
Daddy tergelak kecil, “ taklah, ini Syifa, kawan baik si Tasya ni. Dorang berdua ni dari zaman kampus dulu sampai sekarang macam belangkas. Kalau tak si Tasya ni ke rumah si Syifa, si Syifa la yang datang sini.” Datin Syarifah Ainon mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.
Tiba-tiba aku rasa meluat dengan daddy. Becerita seolah-olah antara aku dengan dia tidak pernah bergaduh sebelum ini. “ Tasya ni, Datin, Dato’, anak yang baik. Walaupun saya ni cuma ibu tiri tapi saya cukup sayangkan Tasya. Dia tak pernah bagi masalah kepada saya dan suami saya.” Terasa panas telingaku mendengar pujian yang tidak ikhlas itu. Perempuan ni, kalau bab hipokrit, nombor satu. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Biarlah daddy menyambung perbualan dengan tetamu-tetamunya.
“ Err, saya minta diri dulu ye, saya ada urusan penting sangat nak kena selesaikan. Saya balik ni pun kejap je, sebab nak ambil dokumen-dokumen penting. Minta maaf ye Dato’, Datin,” belum sempat aku berdiri, ibu tiriku mencelah.
“Eh, duduklah dulu kejap, kita minum-minum dengan Dato’, Datin dulu. Tasya pun baru sampai kan. Nanti  mama ambilkan cawan kat dapur.” Mama? Meremang bulu roma aku mendengarnya.
“ Takpelah Rina, biarlah si Tasya ni buat kerja dia. Penting sangat agaknya. Nanti-nanti boleh borak-borak lagi.” Mujur Datin Syarifah Ainon menjawab bagi pihak ku seolah-olah dia tahu apa yang bermain difikiranku.
“Kamu pergilah Tasya, nanti lain kali kita borak-borak lagi ye,”aku mengangguk sambil tersenyum.
“Saya ke atas dulu ye, nak ambil barang,” tetamu-tetamu daddymengangguk-angguk memberi keizinan. Aku mencuit bahu Syifa mengajaknya naik ke bilikku bersamaku. Setelah beberapa langkah menjauhi ruang tamu Syifa mengeliatkan badannya seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan dirinya kegelian.
“Buang tebiat ke? Napa kau ni?” Terkejut aku melihat kelakuan Syifa.
“Sorrylah Tasya, tapi aku tak boleh tahan dengan cara mak tiri kau tadi. Tiba-tiba jadi baik, bahasakan diri mama pulak tu. Bila masa jadi macam tu?  Dah taubat ke?” Tanpa segan silu Syifa berterus terang denganku punca kelakuannya sebentar tadi.
Aku faham dengan perasaan Syifa. Sudah lama aku dan Syifa bersahabat, dia sudah masak benar dengan perangai ibu tiriku. Bukan sekali dua Syifa pernah bermalam di rumahku, malahan berkali-kali. Pada setiap waktu dia bermalam di rumahku itulah dia melihat sendiri perangai ibu tiriku yang tidak pernah suka denganku di rumah ini.
“Alah, macamlah kau tak biasa dengan dia tu. Kan selalu je dia buat macam tu. Tiap kali kawan daddy aku datang je dia jadi Fazurina yang baik. Buat bodoh je,” ujarku sambil membuka pintu bilikku. Syifa mengangkat bahu memberi respon.
Whatever...” aku berpaling kepadanya.
“Apa yang whatever?”
“Yelah, whatever je lah, apa-apa pun whatever je lah. Buat bodoh pun, buat bodohlah...” Aku tergelak sedikit mendengarnya.
“Entah apa-apalah kau ni Syifa. Kau duduklah dulu kat katil aku tu, aku nak ambil dokumen-dokumen yang aku tak sempat bawa dulu.” Aku membuka pintu almari kecil yang menempatkan buku dan fail penting di dalamnya. Hanya satu fail yang ku perlukan. Fail yang memuatkan segala butir-butir peribadi aku termasuk sijil lahir, dan rekod-rekod pendidikan aku. Setelah mendapat apa yang aku mahukan, aku mengajak Syifa keluar dari bilikku.
“Jom Syifa, kita gerak sekarang, lepasni aku nak pergi beli broadband. Kat Catriona tu dah ada line Celcom. Senanglah kau nak call aku nanti.” Syifa mengangkat punggungnya, bangun dari katilku.
“Ha, bagus,bagus,bagus.” Syifa meniru dialog watak Upin dan Ipin di tv 9. Ketika menuruni anak tangga, masih lagi kedengaran perbualan daddy dan tetamu-tetamunya di ruang tamu.
“Kita nak blah macamtu je ke?” Tanya Syifa.
“Taklah, minta diri lah jap, aku gaduh-gaduh dengan daddy aku pun, aku still bersopan santun dengan tetamu-tetamu dia.” Balasku. Aku dan Syifa menghampiri ruang tamu, ke arah mereka.
“Err, maaf ganggu, Datin, Dato’, daddy, makcik, kami gerak dulu ye, ada banyak lagi urusan yang kami kena selesaikan, urusan kerja.” Ujarku meminta diri kepada mereka semua yang duduk di situ. Ada segaris kegeraman pada wajah ibu tiriku mendengarku membahasakan dirinya ‘makcik’. Memang sengaja aku memanggilnya makcik sebagai tanda aku tidak mengiktiraf dirinya sebagai ibi tiriku yang masih muda. Sepatutnya dia lebih layak ku panggil kakak memandangkan jarak umur yang memisahkan kami hanyalah tujuh tahun.
“Kenapa cepat sangat dah nak pergi? Tasya kan baru sampai. Duduklah dulu borak-borak.” Pujuk daddy. Tak ku sangka daddy boleh berlagak seolah-olah dia tidak pernah menyinggung perasaanku sebelum ini.
“Maaflah, Tasya kena pergi sekarang juga. Ada hal yang penting sangat nak diselesaikan. Memang tak  boleh nak tangguh lagi. Maaf ye semua.” Aku memberi penjelasan kepada semua yang berada di situ, tidak spesifik kepada daddy seorang.
“Alah, biarlah Remy, anak kamu tu ada hal penting, biarlah dia pergi selesaikan dulu. Bukannya tak boleh jumpa lagi, kan banyak masa lagi.” Dato’ Syed Harun mencelah. Remy merupakan nama panggilan daddy di kalangan teman-teman rapatnya.
“Betul tu, kamu tak usahlah kisah Tasya. Pergilah selesaikan hal kamu tu, nanti-nanti makcik datang sini lagi, kita borak-borak ye.” Kata Datin Syarifah Ainon pula.
“ Kamu ni Remy, macam tak faham pula. Kamu pun selalu juga kan sibuk dengan kerja kamu,” sambungnya lagi. “Saya bukan apa Datin, Dato’. Anak saya ni jarang lekat kat rumah, entah bila lagi Datin dan Dato’ boleh jumpa dia.” Ujar daddy pula. Penting sangatkah nak temukan Datin dan Dato’ dengan aku?
“Takpe, insyaallah, ada jodoh jumpa lah. Biasalah anak-anak muda zaman sekarang. Masing-masing sibuk dengan kerja. Si Haris tu pun macam tu juga, jarang lekat kat rumah. Bezanya dengan si Tasya ni, si Haris bukan gila kerja, si Tasya takde kat rumah sebab kerja.” Datin Syarifah Ainon seolah-olah membelaku. Baik aku pergi sekarang, kang melencong lagi jauh perbualan diorang ni, aku juga yang tak keluar-keluar rumah.
“Err, kalau macamtu Tasya pergi dulu ye, maaf tak boleh singgah lama-lama,” aku meminta diri buat kesekian kalinya sambil bersalaman dengan Datin Syarifah Ainon.
“Assalamualaikum,” aku dan Syifa memberi salam dan terus beredar selepas salam berbalas. Aku tidak bersalaman dengan daddy dan ibu tiriku. Marah masih melekat dalam hatiku. Entahlah samada tetamu-tetamu daddyku menyedari reaksi dingin aku terhadap ayahku dan ibu tiriku atau tidak. Aku tidak memperdulikan pandangan mereka, yang penting, aku mahu cepat-cepat keluar dari sini. Aku dan Syifa berjalan menuju ke keretanya.
“Alamak! Alah... bila masa pula jadi macam ni ni?” Suara Syifa seakan-akan marah. Syifa sudah berada di pintu masuk pemandu, ku lihat dia sedang menendang sesuatu di bawahnya. “Kenapa Syifa?” aku menuju ke arahnya.
“Nihah...” Syifa memuncungkan bibirnya ke bawah sambil kaki kirinya menendang tayar keretanya. Aku membongkokkan badanku untuk melihat keadaan tayar keretanya.
“Pancit ni. Kena tukar tayar ni. Kau ada tayar spare tak?” Syifa memandangku,
“Kau nak tukar tayar sendiri ke? Kau reti ke?” Aku mengangguk.
“Wah hebatlah kau! Apsal aku tak reti, kau reti?”
“Sebab aku hebat, kau tak hebat,” selamba aku menjawab sambil mengambil tayar gantian dan peralatan mekanik di belakang kereta Syifa. Syifa hanya berdiri di tepi memerhatikanku membuka tayar yang pancit.
Ladies,do you need some help here?” satu suara tiba-tiba menyapa dari bahagian hadapan kereta.
It’s okay, no thanks,” aku menjawab sapaan itu tanpa melihat wajah si penuturnya. Tayar yang pancit itu sudah berjaya ku buka. Mujur aku memakai jubah seluar berwarna biru gelap, mudah untukku menukar tayar, tak perlu terlalu berhati-hati untuk mengelak bajuku kotor.
 “Awak memang superwoman,but,allow me to help you, please, saya tak boleh tengok wanita buat kerja lelaki, at leastwhen I’m here. Ia buatkan saya jadi tak gentleman.” Superwoman? Aku mendongak ke atas untuk melihat wajahnya.
“Eh, awak!”
 “Yeah, me, Haris. Hi, tak sangka jumpa awak kat sini.” Dia melambaikan tangan sambil tersenyum. Aku berdiri sambil memegang spanar di tangan kananku.
“Macam mana awak boleh ada kat sini? Oh ya, ibu awak.” Aku menyoal dan menjawab sendiri soalanku kepadanya.
“Ehem...” Syifa berdehem di sebelahku.
“Oh, lupa pula saya, ni kawan saya Syifa. Syifa, ni Haris.” Aku memperkenalkan sesama mereka. Masing-masing hanya tunduk senyum sambil menyapa ‘hai’. 
And you...?” Haris menghulurkan ibu jari tangan kanannya ke arahku.
“Kenapa dengan saya?”
 “Awak belum introduce diri awak lagi, haritu tak sempat, awak dah cabut lari waktu saya dan ibu datang semula ke kaunter tempat kita jumpa sebelum tu. Ingat tak?” Ye tak ye juga, lupa pula.
Aku tersenyum, “saya Natasya.” Aku memperkenalkan diriku.
“Hmm, Natasya,abeautiful name. I like it.” Haris memuji namaku sambil mengusap dagunya yang sedikit berjanggut.
So, miss Natasya, may I...?” Aku memerhatikan huluran tangan kanannya.
“Spanar, tayar?” sambungnya lagi setelah melihat wajahku yang seolah-olah tidak memahami erti huluran tangan itu.
Oh, well, if you insist,” spanar bertukar tangan, dia mengambil spanar itu kemudian terus duduk mencangkung untuk menukar tayar.
Thanks,” ucapku dan Syifa serentak.
No problem, my pleasure,” ujar Haris sambil tangannya ligat menyelesaikan kerjaku sebentar tadi.Syifa tersenyum kepadaku sambil mengangkat kening. Aku turut tersenyum sambil mengangkat kedua belah bahuku. Aku dan Syifa hanya mendiamkan diri, tidak tahu apa yang hendak dibualkan.
So, Natasya. Ops, may i just call you Natasya?” Haris memecahkan kesunyian antara kami bertiga. Dia mendongak memandangku ketika meminta kebenaran untuk memanggil namaku. “Boleh, saya tak kisah, unless if i’m a Datin, macam ibu awak, hehe, gurau je,” aku memberi kebenaran dengan sedikit gurauan. Haris tergelak kecil mendengar gurauanku. Syifa hanya memusingkan kedua-dua anak matanya ke atas.
“ Ok, emm, ini rumah Natasya ke?” Haris bertanya sambil menyambung kerjanya semula.
“Taklah, rumah daddy saya.”
“Yelah, rumah daddy awak pun, rumah awak juga kan,” Tangannya kini sedang ligat memutarkan skru pada tayar.
“Emhem,” hanya itu balasanku.
“Awak pula, rajin ikut parents awak ke sini?” giliran aku pula bertanya.
“Haha, bukan rajin, terpaksa, jadi driver, ayah saya tak boleh drive, sakit kaki. Ibu saya pun tak boleh drive, tak reti.”
“Kenapa tak suruh driver je yang drive, orang berkedudukan macam awak ni mesti ada driver kan?” kali ini, Syifa pula yang bertanya.
“Emm...good question. Sebenarnya, saya baru sampai Malaysia, ayah saya kata nak suruh saya biasa dengan jalan-jalan kat Malaysia ni, sebabtu suruh saya drive. Saya ikut je lah...”
“awak buat apa kat oversea? Study ke?” tanya Syifa lagi.
 “Mmm, kerja.”
“Kerja?” Aku dan Syifa bersuara serentak.
 “Yup. Kerja. Dengan suami Mak Teh saya. Dia buka restoran kat UK, saya kerja sebagai pengurus kewangan kat restoran tu.”
 “Oooo, lama ke duduk oversea?” Soal Syifa lagi. kali ini aku membiarkan sahaja Syifa berbual dengan Haris.
“Mmm, bolehlah tahan. Dalam lima tahun lebih. Sebelum tu, saya memang dah study kat oversea, tapi dah habis study saya balik Malaysia. But, tak lama lepas tu, rasa boring, lepastu ibu cadangkan saya bekerja dengan suami Mak Teh saya.So, saya pun pergilah.” Lancar dan ramah Haris menjawab soalan Syifa seolah-olah mereka sudah lama kenal.
Aku menjengukkan kepalaku mengintai keadaan di dalam rumah. Daddy dan semua orang yang berada di ruang tamu masih rancak berbual. Sekali-sekala perbualan mereka diselangi dengan gelak tawa yang meriah. Entah apa yang dibualkan. Aku mengalihkan pandanganku kepada Haris. Dia kini sedang memutarkan skru yang terakhir pada tayar kereta Syifa.
“Kenapa awak tak kerja kat Malaysia je? Kat sini pun banyak kerja kan?” Syifa menyambung perbualan. Syifa memang ramah, lebih ramah daripadaku. Haris tergelak kecil sebelum menjawab soalan Syifa itu.
“Saja, tukar angin. Saya tak tahulah kenapa saya cepat boring di tempat sendiri. Mungkin darah saya darah pengembara kot, haha.” Tiada lagi perbualan antara mereka setelah jawapan Haris yang terakhir itu. mungkin sudah habis modal perbualan. Aku dan Syifa hanya memerhatikan Haris menyelesaikan kerja di hadapan kami.
 “Ok, dah siap.” Haris berdiri sambil menepuk kedua-dua tangannya membersihkan kekotoran yang ada pada tangannya.
 “So, ladies, where should I put all these things?” Aku memerhatikan peralatan mekanik dan tayar lama yang tersandar di tepi kereta Syifa.
“Eh, takpe, biar kami yang kemaskan,” aku menolak huluran pertolongannya buat kali kedua.
“Natasya, kan saya dah cakap tadi, saya tak suka biarkan wanita buat kerja lelaki bila saya ada sekali, tak gentleman. So, biar saya tolong, ok? Syifa?” Haris menuturkan ayat itu sambil mengangkat tayar lama dan kotak yang menyimpan peralatan mekanik.
“Okay,” balas Syifa.
 “So, saya nak letak kat mana ni?” Soal Haris lagi.
“Kat belakang, bonet kereta tak kunci.” Ujar Syifa. Setelah Haris menutup pintu bonet kereta Syifa, dia berjalan semula menuju kepada kami.
 “Thanks ya, susahkan awak je,” Syifa berterima kasih kepada Haris. Haris mengangkat tangan kanannya menunjukkan isyarat ‘tak apa’ kepada Syifa. Aku melihat jam di tanganku. Sudah hampir pukul 3 petang.
“Mmm, dah pukul 3 ni, Haris, minta maaf ye, kami kena pergi sekarang, terima kasih ye sudi bantu kami, nanti lain kali ada kesempatan, Syifa belanja makan,” sempat lagi aku bergurau sambil meminta diri daripada Syifa. Syifa memandangku dengan wajah tidak berpuas hati.
“Kenapa aku pula yang kena belanja?” Soalnya selamba.
“Aku gurau je lah,” Haris tertawa melihat karenah aku dan Syifa.
“Oklah, Haris, kami gerak dulu ya. Nice to know you,” giliran Syifa pula meminta diri kepada Haris. Haris membukakan pintu untuk Syifa. Syifa memandang wajahku dengan kening berkerut. Aku hanya tersenyum sambil mengangkat bahu. Aku mengatur langkah untuk ke pintu sebelah kereta, tapi Haris lebih pantas berlari-lari anak menuju ke pintu sebelah dan membukakan pintu kereta untukku.
“Err, thanks,” hanya itu yang mampu kuucapkan. Gentleman tahap agung mamat nih!
 “Have a nice day ladies, bye,” Haris melambaikan tangan sambil menundukkan kepalanya separas tingkap kereta di sebelahku.
“Assalamualaikum,” aku membalas lambaian itu dengan memberi salam. Ku lihat Haris menepuk dahinya dan ketawa.

“Waalaikumussalam...” Sambil tersenyum, dia membalas salamku. Serentak dengan itu, kereta Syifa meluncur laju meninggalkan rumah daddy.

No comments:

Post a Comment