Wednesday 27 August 2014

Octavia untuk Iris Bab 20

BAB 20
Tepat pukul 9 pagi, kereta Suzuki Equator meluncur masuk ke perkarangan rumah daddy. Aku cuma menunggu di ruang tamu tanpa sebarang keterujaan untuk menyambut kedatangan Haris. Hatiku masih sebal mengenangkan arahan berbentuk cadangan daripada daddy untuk membenarkan Haris mengambil dan menghantar aku balik ke rumah.
“Assalamualaikum, ada orang tak?” Haris memberikan salam di muka pintu.
“Waalaikumussalam, saya  kat sini.”
Aku bangun sebagai tanda hormat kepada tetamu. Tetamu ke?
“Tasya dah siap, kalau dah siap, boleh kita gerak sekarang?”
Aku menganggukkan kepala tanda setuju.
Seperti biasa, Haris membukakan pintu hadapan kereta untukku. Aku hanya berdiri kaku di hadapan kereta. “Well, silakan tuan puteri.” Haris mendepakan tangan kanan untuk mempersilakanku masuk ke dalam kereta. “Err, Haris, boleh tak kalau saya tak duduk kat depan?” Teragak-agak aku menyuarakan permintaan. Haris mengerutkan dahinya.
“Sorry?” Mungkin permintaanku kurang jelas.
“Boleh tak kalau saya tak duduk kat depan?”
“Kalau Tasya tak duduk kat depan, nak duduk mana?'” Kerutan pada dahi Haris masih belum hilang.
“Maaf, sebenarnya, saya tak biasa duduk sebelah lelaki dalam kereta, kalau Haris tak keberatan, saya nak minta duduk kat belakang, bukan nak berlagak datin tapi, emm, lebih kepada prinsip. Boleh?” Aku menghuraikan alasanku dengan harapan Haris akan memahami.
“Okay, as long as you selesa, saya tak kisah.” Haris menutup pintu hadapan kemudian membuka pintu belakang buatku.
Thanks,” aku menghadiahkan senyuman buatnya.
My pleasure,”
Kereta Suzuki Equator meluncur laju meninggalkan halaman rumah daddy.
Now I get it!” Tiba-tiba Haris bersuara separuh menjerit.
What? Ada apa Haris?”
“Patutlah semalam Tasya beria-ia tak nak terima cadangan daddy Tasya, rupanya sebab Tasya taknak langgar prinsip. Betul tak?”
Aku terpinga-pinga.Ingatkan apalah yang dijeritkan, nak cakap yang tu je rupanya.
“Boleh dikatakan ya dan tidak.” Aku seperti berteka-teki.
“Apa yang ya, apa yang tak?” Dahi Haris kembali berkerut.
“Sebenarnya, ia lebih kepada mematuhi garis panduan dalam Islam. Dalam Islam kan ada peraturan, mencegah berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Itu yang cuba saya praktikkan. Sejujurnya saya cuba untuk mematuhi perintah itu. Saya pun bukanlah baik sangat, baru je dalam fasa permulaan untuk berubah ke arah kebaikan, sebab itu saya cuba untuk praktik apa yang patut saya buat.”
“Ooo... So, keadaan kita sekarang ni salah la yea? Macam mana kalau Tasya naik teksi. Pemandu lelaki juga kan? Tu pun tak boleh ke?”
“Kadang-kadang, ada hal yang sangat darurat sehingga memaksa kita untuk melonggarkan sedikit larangan yang telah diberikan Islam. Macam dalam hal teksi tu, sekiranya keadaan terlalu mendesak, diharuskan bagi seorang perempuan untuk menumpang teksi yang dipandu oleh pemandu lelaki.”
“Hmm...make sense. So, keadaan kita sekarang masuk kategori mendesak tak?”
“Pada saya, tak. Sebab bukanlah kewajipan saya untuk ke rumah Haris sampaikan Haris kena ambil saya. Lagipun, sebenarnya daddy saya yang bertanggungjawab untuk menghantar saya ke rumah Haris, tapi dia tak laksanakan tanggungjawab tu.”
“Hmm...tapi kenapa Tasya tak bagitahu je kat saya? Saya boleh terima, and respect your wish.
“I guess, disitu terletak kelemahan saya, ada prinsip atau peraturan  yang saya boleh jadi sangat keras kepala dalam mempertahankannya, ada juga hal yang saya tak kuat untuk mempertahankannya. Saya pun tak tahu kenapa, agaknya, kita ni umat akhir zaman, betullah iman cuma senipis kulit bawang.”
“Tasya, lepas ni saya takkan langgar peraturan tu lagi, I’ll respect your wish, balik jap lagi, saya minta ibu atau kakak temankan saya hantar Tasya balik ,okay?”
Haris memandangku melalui cermin pandang belakang, aku cuma tersenyum sambil mengangguk sebagai tanda  bersetuju dan berterima kasih. Perbualan kami tamat setakat itu. Sepanjang perjalanan kami ke rumah Haris, kami hanya mendiamkan diri. Hanya lagu-lagu yang berkumandang di radio yang mengisi suasana sunyi di antara kami.
Haris memandu masuk kereta Suzuki Equator ini ke dalam tempat letak kereta di hadapan bangle keluarganya yang tersergam indah. Banglo setinggi tiga tingkat itu sedang dalam proses pengecatan semula agaknya kerana ada beberapa pekerja asing sedang mengangkat masuk beberapa peralatan untuk mengecat.
“Ibu yang excited sangat nak cat semula rumah ni, Tu pekerja-pekerja yang baru datang tu, ibu upah untuk cat rumah lah tu.” Tanpa dipinta, Haris menjelaskan tujuan kehadiran wajah-wajah asing itu di rumahnya.
“Ooo… patutlah meriah sangat.” Perlahan sahaja aku mengiakan sambil mengangguk.
Haris sudah berada di pintu belakang kereta untuk membukakan pintunya untukku.
“Thanks.” Aku berterima kasih dengan ikhlas. Sudah tiada rasa kekok apabila Haris membukakan pintu kereta buatku, kerana aku faham, inilah sikap Haris. Seorang yang gentleman.
“Jom saya guide Tasya masuk dalam,” Haris berjalan beriringan denganku. Jarak di antara kami berdua terlalu hampir.
Aku cuba menjarakkan kedudukan kami. Haris cuma tersenyum melihat aku berganjak sedikit ke tepi.
What?” Spontan aku bertanya setelah melihat senyumannya yang lebar.
What. What?” Haris memulangkan soalan kepadaku. Barangkali soalanku tidak jelas.
“Tiba-tiba senyum lebar ni kenapa?”
“Belum pernah ada wanita yang menjarakkan diri macam Tasya bila diorang jalan beriringan dengan saya. Awak yang pertama yang memecahkan rekod saya. Congratulation.” Perli ke apa ni?
Aku tidak membalas jawapan Haris itu. Lagipun, perlukah aku menjawabnya? It was not a question anyway.
Kami melangkah bersama-sama ke dalam rumah.
“Tasya duduk dulu, saya cari ibu sekejap ye,” Haris mempelawa aku duduk.
Haris menghilang sejurus mempelawa aku duduk. Aku menganggukkan kepala tetapi tidak terus duduk. Aku memandang ke sekeliling ruang tamu itu.
Cantik. Hangat. Penuh dengan aroma bahagia.
Ada beberapa sudut rumah ini yang dihiasi dengan bingkai-bingkai gambar keluarga.
Di sudut tengah dinding ruang tamu ini tergantung sebuah bingkai gambar yang besar yang mempamerkan gambar  studio Datin Syarifah Ainon sekeluarga sedang tersenyum. Terdetik cemburu di hatiku.
You are a lucky person, Haris.” Bisikku perlahan.
Tidak lama kemudian, Haris kembali ke ruang tamu dengan menatang sebuah dulang yang berisi segelas air berwarna oren. Aku mengerutkan dahiku.
Room service.”
Aku berjalan menuju ke sofa.
“Dah tukar profession ke?”
Haris cuma tergelak mendengar pertanyaanku.
Special treatment for our special guest. Jus oren buatan kilang, fresh dari kotak,” Haris menuturkan gurauannya itu sambil meletakkan gelas itu di atas meja di hadapanku.
Spontan aku tergelak mendengar gurauannya itu.
“Wow,” tiba-tiba Haris bersuara.
“Wow, what?” Soalku pula.
That was beautiful.”
“Apa yang beautiful?”
Your face, when you laugh.”
Tersirap darahku mendengar pujian itu. Terbit rona merah pada wajahku. Pantas aku mengambil jus oren di hadapanku kemudian terus meneguknya untuk menyembunyikan wajahku.
Haris tersenyum melihat reaksiku.
“Tasya handle pujian itu dengan cara yang tak normal. Kalau perempuan lain, dah lama diorang tekekek-kekek suka bila saya puji macam tu. Tu belum lagi yang buat-buat malu, but, at the same time, suka terkekek-kekek.” Haris mengambil tempat pada sofa di hadapanku.
“Haris, saya kena terkekek-kekek ke baru dikatakan normal?” Apa yang normalnya terkekek-kekek, tu gedik tu.
“Tak, maksud saya, normally, perempuan-perempuan yang saya kenal semuanya macamtu bila saya puji, tapi Tasya, tak.” Haris membetulkan kenyataannya.
So, adakah tak normalnya saya itu sesuatu yang tak baik?”
Nope. I like it. Nampak ayu dan natural.” Sekali lagi Haris berterus terang.
Terasa darah kembali menyirap ke wajahku. Terasa panas.
“Err, ibu Haris mana? Bukan tadi Haris kata nak cari ibu Haris ke?” Cepat-cepat aku mengubah topik perbualan.
 “Tadi ibu kat belakang, tengah uruskan something dengan orang-orang yang nak cat rumah tu. Kejap lagi ibu datang.”
Aku mengangguk-anggukkan kepala ku.
Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Aku dan Haris masing-masing kehilangan modal untuk berbual.
Aku berpura-pura meneguk jus oren pada tanganku. Sedikit demi sedikit ku teguk sehinggalah akhirnya Haris bersuara semula memecahkan kesunyian.
“Apa pendapat Tasya pada arranged marriage?” Hampir tersedak jus oren yang ku teguk mendengar soalan cepumas seperti itu.
Dia ni macam tau-tau je daddy pernah suarakan perkara yang sama kat aku dulu.
Serentak dengan soalan itu, isyarat sms pada telefon bimbit di poket jubahku berbunyi.
Sorry, may I?” aku meminta izin Haris untuk menangguhkan jawapanku kerana mahu membaca sms yang baru ku terima.
“Ya, sure.
Nama Mr. Smith tertera pada telefon bimbitku. Sempatku melihat melalui ekor mataku yang Haris sedang memerhatikanku.
How’s everything? Ok? Bila nak balik Catriona? Syerry rindukan Tasya.
Spontan aku tersenyum. Syerry yang rindu ke, Mr. Smith yang rindu.? Eh eh perasan pula aku ni.
Semua ok. Saya balik Catriona awal pagi lusa insyaallah.
Senyuman masih belum lekang daripada bibirku. Isyarat sms berbunyi lagi.
Ok. Take care. See you.
Aku tidak membalas sms daripada Mr. Smith yang terakhir ini. Aku kembali memandang Haris. Mata kami beradu seketika sebelum aku mengalihkan pandanganku ke arah lain dengan spontan. Sayup-sayup kedengaran suara datin Syarifah Ainon berbalas dengan suara seorang wanita lain sedang menghampiri ruang tamu.
“Tasya! Sukanya makcik Tasya datang sini!” Datin Syarifah Ainon memelukku sejurus menyedari kehadiranku di sana.
Wanita di sebelahnya tersenyum mesra memandangku kemudian mengambil giliran memelukku.
“Hi. Dah lama Kak Mai nak jumpa Tasya. Banyak cerita yang Kak Mai dengar tentang Tasya.” Wanita yang memelukku itu membahasakan dirinya sebagai Kak Mai.
“Tasya, this is my sister and my only sibling, Syarifah Maisurah Baizura, a.k.a Kak Mai. Kak Mai ni lah bakal pengantin kita.” Haris memperkenalkan Kak Mai sebagai kakaknya secara rasmi.
“Kalau macam ni, Mai memang approve, ibu.” Kak Mai tersenyum penuh makna kepada Datin Syarifah Ainon.Approve apanya?
Aku memandang ketiga-tiga wajah di hadapanku dengan fikiran yang penuh tanda tanya. Haris mengangkat bahunya seolah-olah dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dikatakan oleh Kak Mai.Datin Syarifah Ainon hanya tersenyum sambil mencuit bahu Kak Mai.
Kak Mai menyulam lengan kirinya dengan lengan kiriku. Sedikit terkejut aku dengan aksi mesra itu. Tiada siapa yang pernah begitu mesra denganku seperti itu melainkan Kak Long. Ah, Kak Long. Rindunya…
“Jom, Kak Mai ajak gi bilik tidur Kak Mai. Akak nak minta tolong Tasya fikirkan konsep baru untuk bilik tidur akak.” Aku masih kekok dengan kemesraan yang kuterima daripada Kak Mai, namun, aku tetap akur pada ajakannya.
“Pinjam sekejap je tau, jangan lama-lama,” Datin Syarifah Ainon mengingatkan Kak Mai. Kak Mai mengangkat ibu jari sebagai tanda setuju. Aku ni tunggul ke? Takde siapa pun yang tanya persetujuan aku. Seolah-olah sedang melayani kehendak Mdm. Rosaline sekeluarga. Aku menurut Kak Mai dengan hati yang berat.
“Sorry, Tasya rasa tak selesa ke? Kak Mai sebenarnya excited. Rasa macam ada adik perempuan pula. Ni bilik Kak Mai, masuklah,”
Susun atur perabot dan rekaan dalaman bilik Kak Mai bercirikan konsep Bali. Aroma bunga Lavender menusuk hidungku, serta merta aku berasa pening seketika. Aduh, aku dahlah tak boleh bau benda-benda wangi.Di luar kawalan aku, aku terduduk di atas katil Kak Mai.
“Kenapa Tasya? Tak sihat ke?” Suara Kak Mai kedengaran cemas dan prihatin.
“Maaf, saya memang macamni, tak boleh bau wangi sangat, mudah pitam.” Aku berterus terang kepada Kak Mai akan keadaan aku sebenar.
“Yeke? Sorry, Kak Mai tak tau, Kak Mai panggil Haris jap,”
“Eh, takpe Kak, saya okay je, tak payah gempar-gempar, cuma saya minta izin nak duduk kat luar boleh tak?” Aku menolak cadangan Kak Mai, tidak mahu mengada-ngada menimbulkan kegemparan dalam rumah orang.
Kak Mai mengangguk sambil memimpin aku turun ke tingkat bawah.
“Eh, cepatnya, kenapa sekejap sangat?” Datin Syarifah Ainon kehairanan.
“Tasya pening bau Lavender kat bilik Mai, dia pitam sekejap tadi, tu yang keluar tu,” Kak Mai memberi penjelasan sambil membantu aku duduk di atas sofa.
“Eh, kamu biar betul Mai, nasib baik tak jadi apa-apa, tu lah, bau Lavender tu, ibu pun boleh pitam, Tasya macam mana? Dah okay?” Datin Syarifah Ainon membebel sambil bergegas duduk di sebelahku. Kak Mai hanya tersengih-sengih sambil memberikan laluan kepada ibunya.
“Saya okay, maaflah, mengada-ngada pula kat rumah makcik, buat malu je sampai pitam macam ni, maaf sangat-sangat,” dengan rasa bersalah aku meminta maaf.
“Takde hal lah. Bukan sengaja. Makcik yang patutnya minta maaf, minta Tasya datang sini, tapi ini pula yang jadi. Tasya rehatlah dulu ye.”
Aku menganggukkan kepalaku sebagai tanda bersetuju. Boleh la pulak pitam kat rumah orang…






No comments:

Post a Comment