BAB 2
“Girls,ni
tempat tidur korang. Rehat-rehatlah dulu. Makan malam pukul lapan tepat tau.
Jangan terlajak rehat pula. Mami nak temankan papa pergi jumpa kawan jap.” Ibu
Syifa yang ku panggil mami Suria menghulurkan kunci bilik kepadaku. Syifa ku
lihat sudah terbaring di atas katil. Sejurus selepas mami Suria menutup pintu,
aku menuju ke arah katil.
“Oit.
Macam ular sawa. Dah tua tu buatlah macam dah tua.” Aku menggeleng-gelengkan
kepala melihat gelagat Syifa yang keanak-anakkan berguling-guling di atas
katil. Sudah seminggu aku menumpang tinggal di rumah Syifa. Alhamdulillah,
keluarga Syifa tiada masalah dengan kehadiranku. Hari ini, aku bercuti bersama
mereka di Cameron Highland. Semuanya ditaja oleh ibu bapa Syifa. Aku merebahkan
badanku ke atas katil. Mataku merenung ke atas sambil memikirkan tentang
sesuatu.
“Syifa,
aku nak tanya kau ni.” Aku memulakan perbualan.
“Kau
taknak cari kerja ke? Dah nak masuk tiga bulan kita ‘tanam anggur’ tau. Kau tak
teringin ke nak kerja?” Aku tahu, ini adalah soalan bodoh kerana duit bagi
Syifa bukan satu masalah. Lagipun, Syifa boleh berkerja dengan mami Suria di
butik. Mami Suria mempunyai perniagaan butik yang maju di Kuala Lumpur.
“Aku malaslah. Aku ingat nak kerja dengan mami
je, hehe. Lagipun, siapa lagi yang nak inherit bisnes mami aku tu kalau
bukan aku. Adik beradik aku yang lain pun dah ada kerja masing-masing.” Aku
mengangkat kening sambil menghembus nafas. Hmm... Syifa memang senang, tak
perlu bersusah payah cari kerja. Tak macam aku, sudahlah menganggur, lari dari
rumah pula tu. Syifa mengalihkan badannya dan meniarap menghadap aku.
“Kau nak kerja ke? Kau kerja dengan mami aku
je lah ye. Tak payahlah cari kerja lain. Mami aku pun suka kat kau.” Syifa
memberi cadangan kepadaku. Aku hanya menggelengkan kepala dan mengangkat bahu.
“Sampai bila aku nak menjadi parasit kat rumah
kau? Apalah kau ni.” Syifa hanya tergelak mendengar rungutanku. Aku hanya diam
sambil tersenyum. Dalam hati, aku nekad untuk mencari kerja. Tapi, kerja apa
ya. Bukannya kelulusan aku tidak cukup hebat untuk aku mendapat kerja yang
sesuai, tapi, aku mahu mencari kerja di tempat yang jauh dari hiruk pikuk kota.
Mungkin di sini? Di Cameron Highland? Aku bukan nak mencari kerja tetap buat
sementara waktu ni. Aku cuma mahu menyibukkan diri dengan kerja sambil
menenangkan diri daripada masalah yang menganggu hidupku. Lama aku berfikir
tentang perancanganku mencari kerja. Tanpa aku sedari, aku dan Syifa sama-sama
tertidur keletihan. Aku cuma tersedar setelah bunyi ketukan di pintu bilik
bertalu-talu kedengaran. Dalam keadaan mengantuk, aku membuka pintu bilik, mami
Suria dengan mata yang terbeliak memandangku dan Syifa. “ Ya Allah...girls... what did i told you! Siap
cepat, kita nak pergi makan malam ni. Tidur sampai tak ingat dunia akhirat. Dah
solat belum? Belum? Ha, cepat pergi solat. Betul-betul lah korang ni, tidur
sampai tak ingat dunia akhirat!” Aku hanya tergelak sambil menuju ke bilik air.
*****
“Siti, kau tahu tak siapa-siapa yang tengah
cari kerja sekarang?” Aku terdengar perbualan antara salah seorang pekerja
restoran tempat kami makan malam dengan seorang pelanggan. Aku memasang telinga
mendengar perbualan mereka di meja pelanggan tersebut.
“Takde
pula. Kenapa? Restoran kau tak cukup pekerja ke?” tanya pelanggan itu.
“Taklah,
Pak Long aku suruh tanya. Rumah atas bukit tempat Pak Long aku hantar
bahan-bahan dapur tiap minggu tu perlukan pekerja. Dorang nak penjaga rumah.
Ala-ala macam pengurus rumah la. Rumah tu besar sebabtu perlukan penjaga rumah.
Tapi tuan rumah tu agak demand sikit.
Cerewet. Banyak kriteria yang dorang tetapkan untuk kerja kat sana...” Aku
termenung seketika, memikirkan sesuatu di kepalaku.
“Tasya! Mengelamun mende tu? Jomlah balik, aku
nak sambung tidur ni.” Konsentrasi aku diganggu oleh Syifa.
“Terkejut aku. Apalah kau ni. Kau naiklah
dulu, aku nak duduk kat sini jap, nak ambik angin sikit, jap gi aku naiklah.”
Aku sengaja memberi alasan hendak mengambil angin tetapi sebenarnya aku
tertarik dengan perbualan pekerja restoran dengan pelanggan itu sebentar tadi.
Hmmm... apa kata aku mencuba nasib. Mana tahu aku beruntung. Aku hayunkan langkah
kakiku ke kaunter restoran selepas pemergian Syifa. Kulihat pekerja restoran
itu sedang mencatat sesuatu. Apa salahnya mencuba?
“Err, assalamualaikum cik. Maaf mengganggu.
Boleh saya ambil masa cik sikit?” Aku nekad bertanya. Pekerja itu kelihatan terkejut
tapi masih sempat tersenyum.
“No problem, ya, ada apa yang boleh
saya bantu?” ramah dia melayanku.
“Tadi saya ada terdengar perbualan cik pasal penjaga
rumah tu. Kalau tak keberatan, boleh saya tahu lebih detail tentang offer
tu?”
“Oo, pasal tu... cik berminat ke?” Aku cuma
menganggukkan kepalaku. Dia yang masih tersenyum memandangku mengambil sesuatu
dari bawah kaunter.
“Nah, semua detail tu ada kat sini.
Saya cuma taip apa yang Pak Long saya suruh.” Aku menyambut helaian kertas itu
daripadanya. Tanpa melihat terlebih dahulu kertas itu, aku memandang ke
arahnya.
“Thanks ya.”
“No problem.” Balasnya mempamerkan
senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Boleh dapat anugerah pekerja
cemerlang, bisikku dalam hati. Aku hayunkan langkah kaki menuju ke bilikku.
Tentu Syifa tidak bersetuju denganku. Tapi aku sudah nekad. Walaupun cuma penjaga
rumah, tapi aku rela, asalkan boleh menyibukkan diri dan lupakan masalah aku
sementara waktu.
No comments:
Post a Comment