Wednesday 27 August 2014

Octavia untuk Iris Bab 18

BAB 18
“Selamat pagi Cik Natasya.”
“Assalamualaikum , selamat pagi...” aku membalas ucapan-ucapan selamat pagi yang kuterima dengan senyuman.
Hari ini suasana di Catriona agak sibuk. Seperti yang telah di arahkan, Mrs. Danielle mahukan segala-galanya yang berkaitan dengan parti harijadi Mdm Rosaline diuruskan dengan sempurna.
Kerja-kerja persiapan untuk majlis harijadi Madam Rosaline sudah bermula sejak pagi kelmarin.
Tugas aku pada hari ini hanyalah untuk memantau kerja-kerja yang telah disiapkan oleh pekerja-pekerja di sini.  Seperti yang telah ku jangkakan, persiapan untuk majlis harijadi ini memang meletihkan badan. Walaupun kerja-kerjaku pada hari ini hanyalah untuk memantau, tetapi, disebabkan keluasan rumah ini yang terlalu besar, kerja yang sepatutnya mudah menjadi sukar dan agak meletihkan.
 “Remember Tasya, kita taknak sedikit pun dust dalam rumah ni. Kita taknak ada langsir yang tak ditukar baru. You also need to check on all the carperts, everything must be changed into a new one. Lepastu, susun bunga-bunga tu ikut list yang I bagi, and, jangan lupa check semua perhiasan-perhiasan bunga dalam rumah ni. I want all of them mengikut list yang I dah bagi, I nak gubahan bunga-bunga tu specific. I taknak ada satu kesilapan pun. Oh and...” masih terngiang-ngiang pesanan-pesanan keramat daripada Mrs. Danielle di telingaku. Setiap satu butir-butir pesanan itu telah kucatitkan ke dalam buku laporan yang memakan lima mukasurat penuh. Agak jenuh mengira setiap kuntuman bunga yang digubah sebagai perhiasan di dalam rumah ini. Ada juga orang yang macam ni dalam dunia ni.Terlalu spesifik! Aku melakukan tugas-tugas terakhir ini sehingga menjelang tengahari. Tepat pukul 12 tengahari, Catriona sudah mula dipenuhi tetamu-tetamu jemputan. Aku berdiri di penjuru bedekatan dengan dapur untuk memantau majlis ini dari jauh. Mrs. Danielle berjalan menghampiriku setelah mengalu-alukan beberapa orang tetamu. Dia memakai dress merah singkat paras lutut yang mendedahkan bahagian bahu. “Tasya, are you going to wear that thing?” Mrs. Danielle memuncungkan bibirnya menunjukkan pakaianku. Aku memakai jubah modern bercorak batik dan berwarna biru muda sebagai busanaku.
“Oh. Never mind.” Mrs. Danielle mengibaskan tangan kirinya sambil menuturkan kata-kata itu tanpa sempatku menjawab soalannya tadi.
“By the way, Natasya, come and joint us. Oh, before that,  bagitahu Margarate yang kita nak tambah gelas untuk champange. Kita tak cukup gelas.” Mrs. Danielle memberi arahan tanpa memandangku. Tangan kirinya sibuk melambai tetamu-tetamu yang sedang menyapanya dari jauh.
“Champange?” Tanpa sedar ku melafazkan perkataan ‘champange’ dengan agak kuat.
“Yeah. Champange. Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?” Mrs. Danielle memandangku dengan wajah terkejut.
“Oh. Takde. Err. Mrs. Danielle, champange yang Mrs. Danielle maksudkan tu...” aku teragak-agak hendak bertanya kepada Mrs. Danielle.
“Tasya, don’t tell me yang you tak tahu apa tu champange?” Mrs. Danielle memandangku dengan wajah yang serius.
Aku mula berasa tidak sedap hati. Adakah champange yang Mrs. Danielle maksudkan itu ialah minuman keras? Mestilah champange yang tu, takkan sambal petai kot! Tiba-tiba aku merasakan seluruh tubuhku lemah. Aku bersubahat menjayakan majlis yang ada unsur-unsur haram di dalamnya. Kenapa sejak dari mula aku menerima tugasan ini aku tidak menyelidik segala-galanya tentang majlis ini?
“Kenapa Natasya? Your face, nampak pucat? You tak sihat ke? Do you need anything?” Mungkin kerana terlalu terkejut dengan arahan daripada Mrs. Danielle, wajahku menjadi pucat. Suara  Mrs. Danielle kedengaran cemas. Spontan tangan telapak tangan kanannya diletakkan di dahiku. “ Sejuknya dahi you! Natasya. I think  you should rest. Kita tak nak nanti majlis jadi kecoh kalau you tiba-tiba pengsan.” Jelas arahan daripada Mrs. Danielle menyuruh aku berehat. Memang itu yang aku perlukan sekarang, kerana aku tidak  pasti berapa lama lagi aku mampu berdiri menahan kejutan yang amat hebat ini. Tanpa menunggu arahan selanjutnya daripada Mrs. Danielle, aku berpaling dan berjalan dengan laju menuju ke bilikku. “Make sure you get enough rest.” Sempat aku mendengar pesanan terakhir yang lebih berbentuk arahan daripada Mrs. Danielle sebelum aku hilang daripada pandangannya.
Aku menghempaskan diri ke atas katilku. Air mataku merembes keluar. Seribu satu perasaan menyelubungi diri. Marah, kesal, sedih, segala-galanya bergabung menjadi satu. Bodoh! Kenapa aku tak perasan? Kenapa aku tak cek dulu menu harini? Bodoh! Aku memarahi diriku sendiri kerana tidak memeriksa menu pada hari ini.
Tapi, kalau aku cek pun, aku tak berupaya untuk mengubah apa-apa. Itukan arahan daripada majikan aku? Bukankah sedari awal aku sendiri sedar yang majikan-majikanku memang menyentuh air yang terkutuk itu? Tak... aku cuba berbaik sangka pada awal dulu, aku tak sangka rupa-rupanya sangkaanku salah! Aku betul-betul menyesal! Segala-galanya dalam fikiranku sedang menyerang batinku. Ya Allah, aku betul-betul tidak mampu... aku betul-betul tidak tahu... ampunkan aku ya Allah...
 Aku menangis sehinggalah aku tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi, aku berada di majlis yang sama. Semua tetamu yang ada sedang memandangku sambil tersenyum mengejek. Aku memegang segelas air yang berwarna kekuningan pada tangan kananku. Tiba-tiba Mrs. Danielle maju merapatiku. Dia juga memegang segelas air yang sama seperti yang berada pada tanganku. Tanpa kuduga, Mrs. Danielle mencurahkan air daripada gelasnya ke atas kepalaku, semua tetamu yang ada di situ hanya tertawa melihat kejadian itu. Pelik. Kerana aku hanya mendiamkan diri walaupun dihina sedemikian rupa. Sempat mataku menangkap sepasang mata yang amat ku kenali pemiliknya. Mr. Smith. Dia hanya memandangku sambil berpeluk tubuh. Aku cuba bersuara meminta pertolongan daripada Mr. Smith, namun, nafasku tersekat, tiada suara yang keluar daripada peti suaraku. Suara-suara yang mentertawakan aku semakin galak kedengaran, dan, dalam masa yang sama, aku hanya diam membatu, walaupun hatiku menangis merayu memohon pertolongan.
 Semua tetamu yang hadir di situ mula melakukan perkara yang sama terhadapku. Masing-masing mencurahkan air terlaknat daripada gelas pada tangan mereka ke tubuhku. Aku masih kaku tanpa sebarang reaksi. Semakin lama, semakin banyak air yang dicurahkan pada tubuhku, namun, responku tetap sama. Aku hanya mampu berdoa, Tuhan, bebaskan aku daripada kezaliman ini... bantu aku ya Allah...
Tiba-tiba ada sepasang tangan yang menyambarku, menarik tubuhku dengan kasar dan membawaku lari dari tempat itu. Aku cuba mengenal pasti siapakah insan yang berjasa menyelamatkanku. Satu wajah yang amat ku kenali, sangat tenang dan memandangku sambil tersenyum sedang menarik tanganku sambil berlari. Syerry. Syerry memakai telekung putih. Wajahnya bercahaya. Senyumannya setenang senyuman mama. Syerry membawaku berlari ke arah cahaya yang amat terang berwarna putih di hadapan kami. Aku hanya menurut langkah kaki Syerry. Kami semakin menghampiri cahaya putih itu, terasa tubuhku melayang ketika menembusi cahaya itu. Tangan Syerry masih menggenggam tangan kananku dengan kejap seolah-olah dia tidak akan melepaskan tanganku untuk selamanya. Namun, aku merasakan diriku ditarik oleh satu lagi kuasa yang amat kuat, yang berjaya memisahkan aku daripada Syerry, cukup kuat sehinggakan aku tersentak dalam tidurku dan mengakibatkan aku tersedar daripada mimpiku.
“Astaghfirullahalazhim...” aku beristighfar, mengimbangi debaran dalam diriku. “Ya Allah, mimpi apakah ini?” Telapak tangan kananku ku letakkan pada dadaku. Terasa debaran yang kuat akibat daripada mimpi yang pelik itu. Watak-watak yang terlibat dalam mimpiku itu kembali bermain di ruang mataku. Pelbagai persoalan menerjah fikiran. Kenapa Mrs. Danielle mencurahkan air najis itu kepadaku? Kenapa Mr. Smith hanya diam membatu melihat aku diperlakukan seperti itu? Dan yang paling pelik, kenapa Syerry yang datang menyelamatkanku dengan memakai telekung? Siapa Syerry sebenarnya? Adakah mimpi ini punya isyarat yang tertentu? “ Astaghfirullahalazhim... Ya Allah, jauhkan aku daripada gangguan-gangguan syaitan yang direjam...” bisikku perlahan sambil meraup wajahku dengan kedua belah tanganku.
Bunyi muzik yang kuat daripada jamuan sebentar tadi sudah tidak kedengaran. Aku mengintai keluar jendela. Garis-garis merah sudah mula kelihatan di kaki langit. Allah betapa jauhnya aku tersasar, menangis mengutuk diri sendiri sehinggakan tertidur dalam keadaan aku belum melaksanakan solat Zuhur. Kelam kabut aku membersihkan diri untuk menghadap pencipta. “Allah, Zuhur sudah terlepas, ampunkan hamba kerana lalai, terima kasih kerana masih memberi peluang untuk hambamu ini melangsaikan hutang Asar kepadaMu. Begitu doaku dalam kekesalan kerana gagal melaksanakan perintah Zuhur pada waktu tengahari tadi. Usai menggantikan solat Zuhur, aku memberanikan diri menjenguk keluar untuk memastikan samada majlis jamuan masih berjalan atau tidak. Ruang besar di tengah Catriona sudah kosong, hanya kedengaran bunyi-bunyi kaca yang berlaga. Mungkin pekerja-pekerja lain sedang mengambil pinggan mangkuk dan gelas untuk dihantar ke dapur. Aku berjalan dengan pantas menuju ke bilik Syerry. Entah mengapa hatiku terasa dipanggil-panggil untuk ke bilik Syerry. Mungkin kerana kesan mimpi yang ku alami pada petang tadi masih lagi kuat melekat di benakku. Apakah ada maksud disebalik mimpi itu? Atau semuanya hanyalah mainan tidur semata?
Syerry sedang duduk di tempat kegemarannya ketika aku menapak masuk ke biliknya. Perlahan sahaja hayunan langkah kakiku menuju ke kerusi di hadapan Syerry.
“Assalamualaikum, Syerry, saya datang. Syerry apa khabar? Dah makan?” Mukadimah yang biasa kutujukan kepada Syerry setiap kali aku bersamanya. Seperti biasa, Syerry hanya diam melayan fikirannya yang mungkin kosong itu sambil memandang terus ke luar tingkap. Aku membetulkan untaian rambut hadapan Syerry yang menutupi matanya ke belakang. Wajah Syerry kurenung sedalam-dalamnya. “Syerry, maaf sebab saya tak sempat bawa Syerry keluar jalan-jalan hari ni. Saya ada kerja yang perlu saya siapkan.” Permohonan maaf yang tulus kupinta daripada Syerry, kerana kesibukanku pada hari ini yang menyebabkan aku tidak berkesempatan membawanya bersiar-siar di luar seperti kebiasaannya.
“Hmm... tapi, sebenarnya, saya tak sibuk mana pun. Ada perkara yang berlaku yang menyebabkan saya ‘lari’ seketika. Syerry... Syerry tahu tak, saya tidak pernah menyesal berkerja di sini sehinggalah kejadian hari ini berlaku. Saya terlupa. Betul-betul terlupa. Kenapa lah saya tak cek dulu menu jamuan harini? Saya tak sangka air kencing syaitan itu betul-betul berada di dalam rumah ini, dan saya hanya mendiamkan sahaja? Syerry, saya ni dah bersubahat ke sebab tak bertindak apa-apa?” sungguh-sungguh perkara itu mengganggu fikiranku. Terasa kedua-dua bola mataku panas menahan takungan air mata.Aku cuba sedaya upaya untuk menghalang air mataku daripada tumpah, namun, takungan pada mataku lebih berat. Akhirnya, air mataku mengalir juga. Mengalir kerana terlalu sedih dengan ketidakupayaan diri, atau, mungkin juga kerana perasaan bersalah yang terlalu menyelubungi diri.
“ Natasya Iris Octavia... Hmm... apa agaknya maksud octavia ya? Unik nama awak.” Satu suara yang cukup ku kenali sedang bertanyakan maksud namaku. Aku berpaling untuk melihat tuan punya suara itu. Hmmph. Macam biskut Cipsmore! Sekejap ada sekejap tak ada! Mr. Smith, seperti biasa sedang berdiri menyandar di muka pintu bilik Syerry sambil tersenyum memandangku. Dia menjinjit sebuah beg kertas pada tangan kirinya.
“ If i could just wipe your tears, i will do it for you. But i know, you will never allow me to do it.” Halus alunan suara itu seperti memujukku agar aku tidak terus mengalirkan air mata. Aku sendiri terlupa bahawa aku sebenarnya sedang menangis sebelum kehadiran Mr. Smith di situ. Segera aku menyeka sisa-sisa air mata yang membasahi kedua belah pipiku sambil tunduk menyelindungkan wajahku di sebalik kesuraman cahaya lampu pada bilik Syerry. Pada ekor mataku, aku melihat Mr. Smith berjalan masuk menghampiriku. Tercetus getaran di hatiku. Jangan hampir! Tolonglah jangan hampir! Mr. Smith semakin dekat. Mr. Smith berhenti setelah jaraknya tinggal kurang selangkah sahaja daripadaku.
“ Awak tahu, Syerry sentiasa berada dalam ingatan saya walau di mana saya berada. Saya terlalu attach dengan dia. Terlalu sayangkan dia. Dia bagaikan ibu saya...” Mr. Smith bercerita seolah-olah sebentar tadi dia tidak melihat aku menangis.
Aku mendongak sedikit memandang Mr. Smith. Masih terasa sedikit sisa air mata pada pipiku, namun kubiarkan sahaja udara menyejat air mataku itu. Aku lebih berminat untuk mendengar apa yang mahu dikatakan oleh Mr.Smith. Alunan suaranya yang lembut dan tenang menghadirkan damai di hatiku. Kenapa begini sekali perasaanku terhadap dia?
Mr. Smith mengeluarkan sehelai selendang sutera berwarna biru lembut daripada beg kertas tersebut kemudian melilitkan selendang tersebut ke bahu Syerry. “...but, that was before. Sekarang, ada satu lagi wajah baru yang sentiasa saya ingati di samping wajah Syerry.” Mr. Smith mengeluarkan sehelai lagi selendang sutera berwarna kuning lembut kemudian menghulurkannya kepadaku. Aku cuma mematungkan diri melihat Mr. Smith menghulurkan selendang itu kepadaku. Tidak tahu apa yang perlu kulakukan. Aku kena ambil ke? Selendang ni untuk aku ke? Kang buat malu je kalau bukan untuk aku.
“ Kalau awak izinkan saya menyarungkan selendang ini ke bahu awak, it will be more than a pleasure to me,”
Senyuman nakal menghiasi bibir Mr. Smith ketika dia menuturkan gurauan itu. Secara automatik, aku mengambil selendang itu daripada tangan Mr. Smith. Gurauan itu sudah cukup untuk memberitahuku bahawa selendang itu memang milik ku. Mr. Smith tertawa melihat gelagatku.
 “ Awak ni kelakarlah. Don’t worry, saya takkan buat perkara yang awak tak suka. Saya hormati awak. Saya cuma bergurau tadi.”
Spontan aku tersenyum. Betul juga. Aku ni kalut sangat!
 “Err, sorry,” pendek balasanku.
“Awak macam orang lain bila berada bersama dengan saya. Awak takutkan saya ke?”
Aku tersentak mendengar pertanyaan itu. Adakah aku kelihatan takut setiap kali bersama dengan Mr. Smith?
“Saya nampak macam takut ke?” Jujur soalanku.
Tanpaku duga, Mr. Smith tertawa lagi.
“You know Natasya, awak tak pernah gagal membuatkan saya ketawa. Saya selalu berasa gembira berbual dengan awak, walaupun perbualan kita biasa-biasa sahaja. Saya suka awak.”
Saya suka awak? Berderau darahku mendengar pengakuan itu. Mr. Smith sukakan aku? Snap! Snap! Hello? Bezakan LIKE dengan LOVE. Dia cuma SUKAKAN kau, bukan CINTAKAN kau. Mat Salleh memang biasa sukakan semua orang. Jangan perasanlah!
Aku berpura-pura membetulkan selendang pada bahu Syerry untuk menyembunyikan perasaan maluku. Mr. Smith terus-terusan merenungku.
“Wajah awak merah.” Mr. Smith masih mengusikku. Cukuplah. Jangan siksa perasaan saya lagi!
“Natasya, awak takkan resign kan?” Tiba-tiba Mr. Smith bertanyakan soalan yang langsung tidak pernah terlintas di fikiran ku.
“Kenapa Mr. Smith tanya soalan tu?” Aku menjawab soalan Mr. Smith dengan pertanyaan yang berbaur kehairanan.
“Saya tahu apa yang berlaku petang tadi. Saya tahu apa yang membuatkan awak sedih. Awak sedih tentang champange tu kan?”
“Macam mana Mr. Smith tahu?”
“Saya terdengar apa yang awak bualkan kepada Syerry tadi.” Ringkas jawapan Mr. Smith.
Betul juga. Maksudnya, dah lama lah Mr. Smith berada di muka pintu bilik Syerry tadi.
Aku termalu sendiri. Tu lah, cakap tak pandang kiri kanan. Kalau Mrs. Danielle yang dengar tadi macam mana?
“So, Natasya takkan resign kan?” Mr. Smith mengulangi soalannya sebentar tadi.
“Penting sangatkah bagi Mr. Smith untuk saya menjawab soalan itu?”
“Penting. I don’t want to lose you. I need you. Awaklah yang menyebabkan saya kembali menyayangi Catriona. Awaklah yang menyebabkan saya kembali tersenyum. Saya sendiri sedar perubahan diri saya. Awaklah wajah kedua selain Syerry yang sering saya ingati.”
Dengan serius Mr. Smith menuturkan kenyataan itu. Aku kembali mematungkan diri. Sejujurnya aku terlalu terkejut dengan pengakuan Mr. Smith pada kali ini.
“Wow. That sounds serious. Ada kamera ke kat dalam bilik ni? Okay, saya dah terkena. Please stop rolling. Saya mengaku kalah. Saya dah terkena.”
Selamba aku mengaitkan pengakuan Mr. Smith itu dengan rancangan realiti televisyen yang pernah ku tonton, ‘Wakenabeb’. Aku meliarkan pandangan ke setiap penjuru bilik Syerry, berlakon seolah-olah aku sedang memeriksa sekiranya ada kehadiran jurukamera di situ.
Mr. Smith hanya tergelak kecil mendengar gurauanku.
“By the way, awak belum menjawab soalan saya, apa maksud Octavia tu? Nama awak cantik dan unik.”
Oh, dia memang betul nak tahu maksud Octavia rupanya, ingatkan saja je nak jadikan bahan permulaan perbualan.
“Hmm... Sebenarnya Octavia tu adalah idea daddy saya. Daddy saya pernah bawa mama saya menonton teater yang ada kaitan dengan Roman Empire. Salah satu watak yang wujud waktu tu ialah Octavia. Mama kata, pelakon yang pegang watak Octavia tu cantik sangat, so daddy saya pun bercadang untuk letak nama Octavia bila ada baby girl yang lahir nanti, which was, me. Besides, saya lahir pada 8 haribulan Ogos. Kebetulan makna lain bagi Octavia ialah ‘the eight’, so, sangat sesuailah untuk saya.” Lancar sahaja aku menceritakan asal usul namaku kepada Mr. Smith. Mr. Smith mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami kisah yang ku ceritakan. Memang, setiap kali aku bercerita tentang asal usul namaku kepada sesiapapun, aku menjadi sangat bersemangat, kerana, latar belakang kisah itu merupakan daddy dan mama yang masih lagi bahagia sebagai pasangan suami isteri. Mungkin sahaja kerana aku terlalu merindui detik-detik bahagia mereka.
“Octavia, really suits you. Nama itu memang layak menjadi milik awak. Nama itu, secantik wajah awak, secantik budi awak.” Mr. Smith menghadiahkan senyuman ikhlas buatku. Aku membalas senyuman itu sekadarnya, sekadar menghormati majikanku.
“Err, Mr. Smith, saya minta diri dulu ye, ada urusan lain yang perlu saya buat,” dengan sopan aku meminta izin untuk meninggalkan bilik Syerry.
Tanpa bertanyakan urusan apa yang perlu aku lakukan, Mr. Smith menganggukkan kepalanya tanda memberikan keizinan.
Aku mencium dahi Syerry sebelum melangkah keluar bilik, melalui ekor mataku, aku tahu, Mr. Smith sedang memerhatikan perbuatanku mencium dahi Syerry. Renungannya berlarutan sehinggalah aku meninggalkan bilik itu. Biarlah, orang ada mata...
Sayup-sayup kedengaran bunyi azan berkumandang daripada masjid yang berhampiran. Allah sedang memanggilku... Tunggu aku wahai kekasih...








No comments:

Post a Comment