BAB 20
Tepat
pukul 9 pagi, kereta Suzuki Equator meluncur masuk ke perkarangan rumah daddy.
Aku cuma menunggu di ruang tamu tanpa sebarang keterujaan untuk menyambut
kedatangan Haris. Hatiku masih sebal mengenangkan arahan berbentuk cadangan
daripada daddy untuk membenarkan Haris mengambil dan menghantar aku balik ke
rumah.
“Assalamualaikum,
ada orang tak?” Haris memberikan salam di muka pintu.
“Waalaikumussalam,
saya kat sini.”
Aku bangun
sebagai tanda hormat kepada tetamu. Tetamu ke?
“Tasya dah
siap, kalau dah siap, boleh kita gerak sekarang?”
Aku
menganggukkan kepala tanda setuju.
Seperti
biasa, Haris membukakan pintu hadapan kereta untukku. Aku hanya berdiri kaku di
hadapan kereta. “Well, silakan tuan puteri.” Haris mendepakan tangan kanan
untuk mempersilakanku masuk ke dalam kereta. “Err, Haris, boleh tak kalau saya
tak duduk kat depan?” Teragak-agak aku menyuarakan permintaan. Haris
mengerutkan dahinya.
“Sorry?” Mungkin
permintaanku kurang jelas.
“Boleh tak
kalau saya tak duduk kat depan?”
“Kalau
Tasya tak duduk kat depan, nak duduk mana?'” Kerutan pada dahi Haris masih
belum hilang.
“Maaf,
sebenarnya, saya tak biasa duduk sebelah lelaki dalam kereta, kalau Haris tak
keberatan, saya nak minta duduk kat belakang, bukan nak berlagak datin tapi,
emm, lebih kepada prinsip. Boleh?” Aku menghuraikan alasanku dengan harapan
Haris akan memahami.
“Okay, as long as you selesa, saya tak kisah.”
Haris menutup pintu hadapan kemudian membuka pintu belakang buatku.
“Thanks,” aku menghadiahkan senyuman
buatnya.
“My pleasure,”
Kereta
Suzuki Equator meluncur laju meninggalkan halaman rumah daddy.
“Now I get it!” Tiba-tiba Haris bersuara
separuh menjerit.
“What? Ada apa Haris?”
“Patutlah
semalam Tasya beria-ia tak nak terima cadangan daddy Tasya, rupanya sebab Tasya
taknak langgar prinsip. Betul tak?”
Aku
terpinga-pinga.Ingatkan apalah yang
dijeritkan, nak cakap yang tu je rupanya.
“Boleh
dikatakan ya dan tidak.” Aku seperti berteka-teki.
“Apa yang
ya, apa yang tak?” Dahi Haris kembali berkerut.
“Sebenarnya,
ia lebih kepada mematuhi garis panduan dalam Islam. Dalam Islam kan ada
peraturan, mencegah berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Itu yang cuba saya praktikkan. Sejujurnya saya cuba untuk mematuhi perintah
itu. Saya pun bukanlah baik sangat, baru je dalam fasa permulaan untuk berubah
ke arah kebaikan, sebab itu saya cuba untuk praktik apa yang patut saya buat.”
“Ooo...
So, keadaan kita sekarang ni salah la yea? Macam mana kalau Tasya naik teksi.
Pemandu lelaki juga kan? Tu pun tak boleh ke?”
“Kadang-kadang,
ada hal yang sangat darurat sehingga memaksa kita untuk melonggarkan sedikit
larangan yang telah diberikan Islam. Macam dalam hal teksi tu, sekiranya
keadaan terlalu mendesak, diharuskan bagi seorang perempuan untuk menumpang
teksi yang dipandu oleh pemandu lelaki.”
“Hmm...make sense. So, keadaan kita sekarang masuk kategori mendesak tak?”
“Pada
saya, tak. Sebab bukanlah kewajipan saya untuk ke rumah Haris sampaikan Haris
kena ambil saya. Lagipun, sebenarnya daddy saya yang bertanggungjawab untuk
menghantar saya ke rumah Haris, tapi dia tak laksanakan tanggungjawab tu.”
“Hmm...tapi
kenapa Tasya tak bagitahu je kat saya? Saya boleh terima, and respect your wish.”
“I guess, disitu terletak kelemahan saya,
ada prinsip atau peraturan yang saya
boleh jadi sangat keras kepala dalam mempertahankannya, ada juga hal yang saya
tak kuat untuk mempertahankannya. Saya pun tak tahu kenapa, agaknya, kita ni
umat akhir zaman, betullah iman cuma senipis kulit bawang.”
“Tasya,
lepas ni saya takkan langgar peraturan tu lagi, I’ll respect your wish, balik jap lagi, saya minta ibu atau kakak
temankan saya hantar Tasya balik ,okay?”
Haris
memandangku melalui cermin pandang belakang, aku cuma tersenyum sambil
mengangguk sebagai tanda bersetuju dan
berterima kasih. Perbualan kami tamat setakat itu. Sepanjang perjalanan kami ke
rumah Haris, kami hanya mendiamkan diri. Hanya lagu-lagu yang berkumandang di
radio yang mengisi suasana sunyi di antara kami.
Haris
memandu masuk kereta Suzuki Equator ini ke dalam tempat letak kereta di hadapan
bangle keluarganya yang tersergam indah. Banglo setinggi tiga tingkat itu
sedang dalam proses pengecatan semula agaknya kerana ada beberapa pekerja asing
sedang mengangkat masuk beberapa peralatan untuk mengecat.
“Ibu yang
excited sangat nak cat semula rumah ni, Tu pekerja-pekerja yang baru datang tu,
ibu upah untuk cat rumah lah tu.” Tanpa dipinta, Haris menjelaskan tujuan
kehadiran wajah-wajah asing itu di rumahnya.
“Ooo…
patutlah meriah sangat.” Perlahan sahaja aku mengiakan sambil mengangguk.
Haris
sudah berada di pintu belakang kereta untuk membukakan pintunya untukku.
“Thanks.”
Aku berterima kasih dengan ikhlas. Sudah tiada rasa kekok apabila Haris
membukakan pintu kereta buatku, kerana aku faham, inilah sikap Haris. Seorang
yang gentleman.
“Jom saya guide Tasya masuk dalam,” Haris berjalan
beriringan denganku. Jarak di antara kami berdua terlalu hampir.
Aku cuba
menjarakkan kedudukan kami. Haris cuma tersenyum melihat aku berganjak sedikit
ke tepi.
“What?” Spontan aku bertanya setelah
melihat senyumannya yang lebar.
“What. What?” Haris memulangkan soalan kepadaku. Barangkali soalanku tidak
jelas.
“Tiba-tiba
senyum lebar ni kenapa?”
“Belum
pernah ada wanita yang menjarakkan diri macam Tasya bila diorang jalan
beriringan dengan saya. Awak yang pertama yang memecahkan rekod saya. Congratulation.” Perli ke apa ni?
Aku tidak
membalas jawapan Haris itu. Lagipun,
perlukah aku menjawabnya? It was not a question anyway.
Kami
melangkah bersama-sama ke dalam rumah.
“Tasya
duduk dulu, saya cari ibu sekejap ye,” Haris mempelawa aku duduk.
Haris
menghilang sejurus mempelawa aku duduk. Aku menganggukkan kepala tetapi tidak
terus duduk. Aku memandang ke sekeliling ruang tamu itu.
Cantik.
Hangat. Penuh dengan aroma bahagia.
Ada
beberapa sudut rumah ini yang dihiasi dengan bingkai-bingkai gambar keluarga.
Di sudut
tengah dinding ruang tamu ini tergantung sebuah bingkai gambar yang besar yang
mempamerkan gambar studio Datin Syarifah
Ainon sekeluarga sedang tersenyum. Terdetik cemburu di hatiku.
“You are a lucky person, Haris.” Bisikku
perlahan.
Tidak lama
kemudian, Haris kembali ke ruang tamu dengan menatang sebuah dulang yang berisi
segelas air berwarna oren. Aku mengerutkan dahiku.
“Room service.”
Aku
berjalan menuju ke sofa.
“Dah tukar
profession ke?”
Haris cuma
tergelak mendengar pertanyaanku.
“Special treatment for our special guest.
Jus oren buatan kilang, fresh dari
kotak,” Haris menuturkan gurauannya itu sambil meletakkan gelas itu di atas
meja di hadapanku.
Spontan
aku tergelak mendengar gurauannya itu.
“Wow,”
tiba-tiba Haris bersuara.
“Wow,
what?” Soalku pula.
“That was beautiful.”
“Apa yang beautiful?”
“Your face, when you laugh.”
Tersirap
darahku mendengar pujian itu. Terbit rona merah pada wajahku. Pantas aku
mengambil jus oren di hadapanku kemudian terus meneguknya untuk menyembunyikan
wajahku.
Haris
tersenyum melihat reaksiku.
“Tasya handle pujian itu dengan cara yang tak
normal. Kalau perempuan lain, dah lama diorang tekekek-kekek suka bila saya
puji macam tu. Tu belum lagi yang buat-buat malu, but, at the same time, suka terkekek-kekek.” Haris mengambil tempat
pada sofa di hadapanku.
“Haris,
saya kena terkekek-kekek ke baru dikatakan normal?” Apa yang normalnya terkekek-kekek, tu gedik tu.
“Tak,
maksud saya, normally,
perempuan-perempuan yang saya kenal semuanya macamtu bila saya puji, tapi
Tasya, tak.” Haris membetulkan kenyataannya.
“So, adakah tak normalnya saya itu
sesuatu yang tak baik?”
“Nope. I like it. Nampak ayu dan natural.” Sekali lagi Haris berterus
terang.
Terasa
darah kembali menyirap ke wajahku. Terasa panas.
“Err, ibu
Haris mana? Bukan tadi Haris kata nak cari ibu Haris ke?” Cepat-cepat aku
mengubah topik perbualan.
“Tadi ibu kat belakang, tengah uruskan something dengan orang-orang yang nak
cat rumah tu. Kejap lagi ibu datang.”
Aku
mengangguk-anggukkan kepala ku.
Tiba-tiba
suasana menjadi sunyi. Aku dan Haris masing-masing kehilangan modal untuk
berbual.
Aku
berpura-pura meneguk jus oren pada tanganku. Sedikit demi sedikit ku teguk
sehinggalah akhirnya Haris bersuara semula memecahkan kesunyian.
“Apa
pendapat Tasya pada arranged marriage?”
Hampir tersedak jus oren yang ku teguk mendengar soalan cepumas seperti itu.
Dia ni macam tau-tau je daddy pernah suarakan perkara yang
sama kat aku dulu.
Serentak
dengan soalan itu, isyarat sms pada telefon bimbit di poket jubahku berbunyi.
“Sorry, may I?” aku meminta izin Haris
untuk menangguhkan jawapanku kerana mahu membaca sms yang baru ku terima.
“Ya, sure.”
Nama Mr.
Smith tertera pada telefon bimbitku. Sempatku melihat melalui ekor mataku yang
Haris sedang memerhatikanku.
How’s everything? Ok? Bila nak balik Catriona?
Syerry rindukan Tasya.
Spontan aku tersenyum. Syerry yang rindu ke, Mr. Smith yang
rindu.? Eh eh perasan pula aku ni.
Semua ok. Saya balik Catriona awal pagi lusa
insyaallah.
Senyuman masih belum lekang daripada
bibirku. Isyarat sms berbunyi lagi.
Ok. Take care. See you.
Aku tidak
membalas sms daripada Mr. Smith yang terakhir ini. Aku kembali memandang Haris.
Mata kami beradu seketika sebelum aku mengalihkan pandanganku ke arah lain
dengan spontan. Sayup-sayup kedengaran suara datin Syarifah Ainon berbalas
dengan suara seorang wanita lain sedang menghampiri ruang tamu.
“Tasya!
Sukanya makcik Tasya datang sini!” Datin Syarifah Ainon memelukku sejurus
menyedari kehadiranku di sana.
Wanita di
sebelahnya tersenyum mesra memandangku kemudian mengambil giliran memelukku.
“Hi. Dah
lama Kak Mai nak jumpa Tasya. Banyak cerita yang Kak Mai dengar tentang Tasya.”
Wanita yang memelukku itu membahasakan dirinya sebagai Kak Mai.
“Tasya, this is my sister and my only sibling,
Syarifah Maisurah Baizura, a.k.a Kak Mai. Kak Mai ni lah bakal pengantin kita.”
Haris memperkenalkan Kak Mai sebagai kakaknya secara rasmi.
“Kalau
macam ni, Mai memang approve, ibu.”
Kak Mai tersenyum penuh makna kepada Datin Syarifah Ainon.Approve apanya?
Aku
memandang ketiga-tiga wajah di hadapanku dengan fikiran yang penuh tanda tanya.
Haris mengangkat bahunya seolah-olah dia sendiri tidak tahu apa yang sedang
dikatakan oleh Kak Mai.Datin Syarifah Ainon hanya tersenyum sambil mencuit bahu
Kak Mai.
Kak Mai
menyulam lengan kirinya dengan lengan kiriku. Sedikit terkejut aku dengan aksi
mesra itu. Tiada siapa yang pernah begitu mesra denganku seperti itu melainkan
Kak Long. Ah, Kak Long. Rindunya…
“Jom, Kak
Mai ajak gi bilik tidur Kak Mai. Akak nak minta tolong Tasya fikirkan konsep
baru untuk bilik tidur akak.” Aku masih kekok dengan kemesraan yang kuterima
daripada Kak Mai, namun, aku tetap akur pada ajakannya.
“Pinjam
sekejap je tau, jangan lama-lama,” Datin Syarifah Ainon mengingatkan Kak Mai. Kak
Mai mengangkat ibu jari sebagai tanda setuju. Aku ni tunggul ke? Takde siapa pun yang tanya persetujuan aku.
Seolah-olah sedang melayani kehendak Mdm. Rosaline sekeluarga. Aku menurut Kak
Mai dengan hati yang berat.
“Sorry,
Tasya rasa tak selesa ke? Kak Mai sebenarnya excited. Rasa macam ada adik
perempuan pula. Ni bilik Kak Mai, masuklah,”
Susun atur
perabot dan rekaan dalaman bilik Kak Mai bercirikan konsep Bali. Aroma bunga
Lavender menusuk hidungku, serta merta aku berasa pening seketika. Aduh, aku dahlah tak boleh bau benda-benda
wangi.Di luar kawalan aku, aku terduduk di atas katil Kak Mai.
“Kenapa
Tasya? Tak sihat ke?” Suara Kak Mai kedengaran cemas dan prihatin.
“Maaf,
saya memang macamni, tak boleh bau wangi sangat, mudah pitam.” Aku berterus
terang kepada Kak Mai akan keadaan aku sebenar.
“Yeke?
Sorry, Kak Mai tak tau, Kak Mai panggil Haris jap,”
“Eh, takpe
Kak, saya okay je, tak payah gempar-gempar, cuma saya minta izin nak duduk kat
luar boleh tak?” Aku menolak cadangan Kak Mai, tidak mahu mengada-ngada
menimbulkan kegemparan dalam rumah orang.
Kak Mai
mengangguk sambil memimpin aku turun ke tingkat bawah.
“Eh,
cepatnya, kenapa sekejap sangat?” Datin Syarifah Ainon kehairanan.
“Tasya
pening bau Lavender kat bilik Mai, dia pitam sekejap tadi, tu yang keluar tu,”
Kak Mai memberi penjelasan sambil membantu aku duduk di atas sofa.
“Eh, kamu
biar betul Mai, nasib baik tak jadi apa-apa, tu lah, bau Lavender tu, ibu pun
boleh pitam, Tasya macam mana? Dah okay?” Datin Syarifah Ainon membebel sambil
bergegas duduk di sebelahku. Kak Mai hanya tersengih-sengih sambil memberikan
laluan kepada ibunya.
“Saya
okay, maaflah, mengada-ngada pula kat rumah makcik, buat malu je sampai pitam
macam ni, maaf sangat-sangat,” dengan rasa bersalah aku meminta maaf.
“Takde hal
lah. Bukan sengaja. Makcik yang patutnya minta maaf, minta Tasya datang sini,
tapi ini pula yang jadi. Tasya rehatlah dulu ye.”
Aku
menganggukkan kepalaku sebagai tanda bersetuju. Boleh la pulak pitam kat rumah orang…