BAB 1
“Tasya! Tunggu! Tasya!” Ah! Cukup! Enough
is enough! biar terkeluar
anak tekak orang itu memanggil namaku. Aku tetap nekad dengan keputusanku.
Sampai hati dia melakukan perkara ini kepadaku dan mama. I hate you daddy! Benci!
Walau apapun yang berlaku selepas ini, aku tidak akan sekali-kali melangkah
masuk ke rumah ini lagi. Aku tinggalkan rumah daddydengan rembesan air mata
kecewa.
“Tasya!” Ah, suara itu masih terus memanggil aku.
“Enough
daddy! Cukup! Biar Tasya pergi, biar daddy
dan perempuan tu bahagia tanpa Tasya di sini. Itu yang daddynak kan?” Aku
hamburkan segala kemarahanku kepada lelaki itu, biar dia tahu yang aku tidak
pernah rela dengan semua yang berlaku selama ini.
“ Tasya, please, listen first!”
“Tasya dah puas mendengar
selama ini, Tasya dah tak sanggup nak jadi bodoh lagi. Tasya nak keluar dari
neraka ni. Suka hati daddy la nak buat apa dengan harta daddy yang
bertimbun-timbun tu, Tasya takkan tuntut. Jangan cari Tasya lagi!” kuhamburkan
kata-kata itu seiring dengan langkah kaki ku meninggalkan rumah yang penuh
dengan kenangan pahit dan kebencianku. Selamat tinggal rumahku, selamat tinggal
kenanganku, selamat tinggal semuanya…
Seperti yang kujangkakan, daddy hanya terpaku melihat pemergianku.
Sudah semestinya dia tidak berkeras menghalang pemergianku, apatah lagi dengan
pujukkan perempuan itu disisinya. Masih terngiang-ngiang ditelingaku suara
perempuan itu memujuk daddyku. Ah! Pujuk konon! “Sabarlah sayang, kejap je tu,
nanti esok-esok dia sejuklah balik tu, alah…budak-budak, biarkanlah, lagipun,
berapa lama dia nak duduk kat luar, dia bukannya ada duit, nanti dia baliklah
sini bila dia dah kebulur nak makan.” Ooo kau panggil aku budak? Perempuan tak
guna! Aku akan buktikan yang aku boleh hidup tanpa daddyku. Satu masa nanti,
kau akan menyesal dengan segala perbuatan kau terhadap aku dan mama. Aku benci
kau!
Air mataku masih belum berhenti mengalir walaupun rumah itu sudah
jauh ku tinggalkan. Aku tidak sedar ke mana langkah kakiku membawaku. Aku hanya
kembali ke alam nyata selepas menyedari yang aku tidak membawa apa-apapun untuk
membayar tambang teksi setelah aku berada di dalam teksi yang ku tahan. Nasib
baik telefon bimbitku ada bersamaku. Hmmm… aku nak pergi mana? Mama? Jauh di London.
Mungkin sekarang mama sudah dalam penerbangan ke Paris. Ah mama. Bahagia
berbulan madu, tapi aku ditinggalkan dengan neraka dunia di Malaysia.
Hmmm… ha, aku tahu, Syifa!
Dialah satu-satunya sahabat dunia akhiratku. Tanpa berlengah-lengah lagi, aku mendail
nombor telefon bimbit Syifa. Aku mengelap air mata yang masih membasahi pipiku,
sendu tangisku masih belum berhenti.
“Hello, Tasya, napa?” Suara Syifa membuatku menghembus nafas lega.
“Syifa. Aku nak tumpang tidur rumah kau malamni boleh? Aku dalam
teksi sekarang, boleh tak?” lancar aku meminta jasa baik Syifa.
“ok…datanglah, tapi, kenapa?
Suara kau lain macam je?”
“Nantilah aku cerita, thanks ya”
“No problem, aku tunggu kau ye,” aku mengangguk walaupun aku
tahu Syifa tidak melihat anggukkan ku.
“Err, one more thing, aku nak pinjam duit, bayar duit teksi,
boleh?”
*****
Syifa menyambutku di hadapan rumahnya sebaik
sahaja teksi yang kunaiki berhenti. Aku tak mampu menyembunyikan tangisanku
sejurus melihat wajahnya. Tangisanku yang telah berhenti tadi kembali semula.
Syifa terus memelukku.
“Its ok Tasya, aku ada.” Pujuknya sambil
menghulurkan duit tambang teksi kepada pemandu teksi yang kunaiki. Syifa
membawa aku masuk ke rumahnya sambil kedua-dua tangannya memegang bahuku.
Tangisanku sebentar tadi sudah berhenti, yang kedengaran cuma sendu tangisku.
Ya Allah... mengapa aku tidak kuat kali ini, mengapa ujianMu pada kali ini
menewaskan kekuatanku selama ini. Syifa membiarkan aku menghabiskan sisa-sisa
tangisku dengan senduku yang semakin lama semakin perlahan.
“Aku
ambilkan kau minuman ye? Kau duduk kejap.” Sejurus selepas itu Syifa menghilang
ke dapur. Tidak lama kemudian dia muncul semula dengan segelas air sejuk.
“Nah, minumlah, segarkan diri kau tu sikit.”
Aku menyambut gelas yang dia hulurkan padaku dan terus menghabiskan isi gelas
tersebut. Sungguh, aku memang
betul-betul haus.
“Kenapa Tasya?” Syifa memulakan pertanyaan.
“My father.”
Pendek jawapanku. Ku kira dia dapat mengagak apa yang berlaku apabila aku
menyebut sebaris ayat itu.
“Mak tiri kau lagi ke?” Aku mengangguk.
“
Hmm... dia buat apa pulak kali ini?” ku pamerkan segaris senyuman luka sebelum
menjawab soalan keramat itu.
“Aku tak tau, aku taknak menuduh, tapi aku
rasa she’s the culprit. Daddy aku
paksa aku kahwin dengan anak VIP mana ntah. Dah kemaruk sangat nak dapat
gelaran Dato agaknya. Aku taknak, aku pun tak faham kenapa tiba-tiba daddy aku
jadi gila macamtu. Tapi, yang pasti, alasan dia, sebab nak hidup aku lebih
terurus dengan keluarga sendiri. Dia risau aku jadi macam dulu. Kau boleh
terima tak alasan macamtu?” Aku menghela nafas panjang. Syifa menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kau
agak, mak tiri kau punya idea ke?” Aku mengangguk sekali tanda setuju.
“ Kau
pasti ke?” Tanya Syifa lagi.
“Seratus peratus sure.”
Ya. Memang aku sangat-sangat pasti. Beberapa
hari sebelumni, aku ada terdengar perbualan daddy dan perempuan itu tentang
perkara ini. Cuma pada waktu itu aku tidak menyangka yang mereka memang agak
serius dengan rancangan gila itu. Syifa dan aku diam agak lama. Masing-masing
melihat ke arah skrin televisyen yang gelap. Aku tahu, Syifa bersimpati dengan
keadaanku dan dia tidak bercadang untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang hal ini. Dalam hati, aku bersyukur punya sahabat
sebaik Syifa. Kau lah sahabatku dunia akhirat.
“Tasya, kalau kau nak tinggal kat rumah aku,
aku tak kisah. Sampai kiamat pun takpe. Kau tak payahlah balik rumah ayah kau
lagi. Kau tinggal dengan aku ye, lagipun parents
aku tak selalu ada kat sini. Abang dan kakak aku pun masing-masing dah kahwin,
ada rumah sendiri. Parents aku pun
dah biasa dengan kau.
“Aku tersenyum mendengar pelawaan Syifa.
“Thanks sahabat...” aku memeluknya sambil
berbisik. Air mataku tumpah lagi. Kau memang sahabatku dunia akhirat. Syifa
menepuk belakangku.
“Aku tahu kau sayangkan aku,” aku hanya
tersenyum mendengarnya. Ya, memang aku sayangkan kau Syifa...
No comments:
Post a Comment