Wednesday 27 August 2014

Octavia untuk Iris Bab 19

BAB 19
Panggilan telefon yang kuterima daripada Datin Syarifah Ainon petang semalam betul-betul menimbulkan tanda tanya dalam hatiku. Masih terngiang-ngiang permintaannya melalui telefon di telingaku.
“Boleh ye Tasya? Makcik minta tolong sangat ni, Makcik nak minta pandangan tentang hiasan rumah ni, rekaan untuk majlis perkahwinan anak sulung makcik nanti. Dah tak lama dah tu. Tolong ye Tasya, makcik sanggup bayar berapa pun. Daddy Tasya cakap, Tasya pandai hal-hal rekaan dalaman ni,”
Aku bersetuju dengan permintaan itu walaupun aku sendiri kehairanan dengan permintaan Datin Syarifah Ainon itu.
kenapa Datin Syarifah Ainon tidak mengupah sahaja syarikat interior design yang berlambak di Kuala Lumpur tu. Memanglah bidang yang ku ambil ketika belajar di universiti dahulu ada kaitan juga dengan hiasan dalaman ni, tapi aku bukanlah seorang profesional. Aku belum pernah berkerja selepas tamat belajar pada tahun lepas, baru sekarang aku berkerja, itupun sebagai pengurus rumah. “Buang tebiat apa Datin ni?” tanpa sedar aku meluahkan kehairanan aku. Aku memeriksa waktu pada jam di tanganku, sudah hampir pukul 2 petang. Kelihatan sebuah kereta pacuan empat roda, Suzuki Equator, berwarna merah, dipandu masuk ke perkarangan Catriona. Pakcik Syukor, pemandu keluarga Datin Syarifah Ainon, sedang menjenguk keluar sambil tersenyum kepadaku. Aku hanya menunggu dengan sabar.
Petang semalam, berkali-kali Datin Syarifah Ainon memujuk agar aku bersetuju menerima tawarannya untuk menggunakan khidmat Pakcik Syukor untuk mengambil dan menghantarku kembali ke Catriona.
Pada mulanya, aku tidak bersetuju, tetapi, setelah Datin Syarifah Ainon mencadangkan Haris sebagai pemandu manakala Pakcik Syukor sebagai penunjuk jalan, akhirnya aku bersetuju.
At least, takde la aku menyiksa kudrat Pakcik Syukor. Letih tu, perjalanan pergi balik dari Cameron. Orang dah la dah berumur.
Pakcik Syukor memberhentikan keretanya di hadapanku. Aku berdiri sambil memberikan senyuman kepadanya. Haris yang duduk di kerusi sebelah Pakcik Syukor melambaikan tangan kepadaku sebelum keluar untuk mendapatkanku.
“Wow! You got to be kidding me! Ni istana ke apa?” separuh menjerit Haris mempamerkan kekagumannya terhadap Catriona. Reaksi biasa, aku pun macam tu juga dulu.
“Hai, assalamualaikum, sorry we're late, dah bertolak awal tadi tapi berhenti banyak kali kat R&R.”
“waalaikumussalam, it's okay, saya takde apa-apa pun, just tunggu kat sini je. Haris dan Pakcik Syukor yang kesian sebab terpaksa ambil saya. Minta maaf lah sebab menyusahkan,” ikhlas aku memohon maaf. Sejujurnya, memang aku rasa sangat bersalah.
“Tak perlu minta maaf, bukannya Tasya yang request pun untuk kitorang ambil kat sini, ibu yang suruh. Tapi, kalau Tasya request pun saya okay je.”
“Ye lah tu, memanglah Haris okay kan, bukan Haris yang drive”
Haris ketawa mendengar sindiranku itu.
“Okay... Shall we?” Haris membukakan pintu belakang kereta buatku. Aku senyum sambil menganggukkan kepalaku,
“Thanks”
Haris kemudian membuka pintu di bahagian pemandu dan meminta Pakcik Syukor keluar.
“Haris kena gantikan pakcik. Nanti kena sindir dengan ma’am besar kat belakang ni,” Haris memulangkan sindiran berbentuk gurauan kepadaku. Aku hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Tahu bahawa Haris cuma mahu bergurau.
“Boleh ke nak Haris ni? Kawasan bukit ni, kamu okay ke? Kereta besar pula ni, kamu tu dah lama tak bawa kereta besar macam ni.”
“Insyaallah boleh Pakcik, lagipun, tak macho la kalau Natasya nampak Haris tak reti bawa kereta besar kat kawasan bukit” Haris mengalihkan pandangannya kepadaku sambil mengenyitkan mata kanannya. Aku menjulingkan mata sebagai balasan kepada kenyitannya itu. Haris tertawa lagi.
“Okay lah, time to go,” Haris memandu keluar kereta Suzuki Equator ini meninggalkan Catriona. Aku mendongak sedikit memandang tingkap bilik Syerry yang terbuka luas.  Entah mengapa hatiku tergerak untuk memandang ke situ. Samar-samar kelihatan Mr. Smith sedang berdiri memandang keluar. Arah pandangannya seolah-olah seperti menuju ke arahku. Serta-merta aku mengalihkan pandanganku ke hadapan. Aku buat salah lagi ke? Kan semalam aku dah minta izin nak balik KL. Perasaan je kot.
Aku menoleh ke belakang, memandang Catriona yang semakin jauh kami tinggalkan. Aku ada buat salah ke?




Separuh daripada masa perjalanan ke Kuala Lumpur, aku lebih banyak mendiamkan diri. Aku lebih berminat mendengar perbualan di antara Pakcik Syukor dan Haris. Hanya sekali-sekala aku mencelah perbualan mereka, itupun apabila Pakcik Syukor dan Haris melibatkan aku dalam perbualan mereka.
Pakcik Syukor tertidur ketika kereta baru sahaja memasuki sempadan Negeri Selangor. Tiada lagi bunyi suara kedengaran. Hanya kedengaran bunyi muzik daripada radio yang dipasang perlahan oleh Haris. Haris pula lebih menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Aku memandang kosong kepada pemandangan di sekeliling.
Mataku baru sahaja hendak terlelap ketika Haris memulakan perbualan denganku.
“Tasya, are you still awake?”
“Ya, kenapa? Haris nak suruh saya ganti drive ke?” Aku menegakkan kedudukanku.
“Nope. Saja nak ajak Tasya berbual. I’m getting sleepy. Boleh kan?” Mata Haris memandangku melalui cermin pandang belakang.
“Boleh. No problem. Tapi, kalau Haris betul-betul mengantuk, saya boleh gantikan. Kalau nak berhenti rehat pun lagi bagus. Kita pun bukan nak kelam kabut sangat kan?” aku memberi cadangan ikhlas kepada Haris.
“Takpe. Saya bawa anak dara orang ni, kena cepat-cepat sampai kat tuan punya dia. Lagipun, saya masih boleh bawa, I won’t let a lady drives while I’m around, tak gentleman la.”
Haris mengenyitkan mata kepadaku melalui cermin pandang belakang.
Seperti tadi, aku menjulingkan mata ke atas sebagai respon kepada kenyitannya itu.
“Haha, that was funny. Awak ni kelakarlah” Haris tertawa besar melihat responku itu.
Aku tersenyum sambil membalas. “Yelah, awak tu dah kena penyakit kenyitan. Penyakit tu boleh diubat dengan julingan je.” Aku membalas dengan sindiran berbentuk gurauan.
“Sorry, dah jadi habit, saya kalau jumpa perempuan je mesti timbul penyakit ni haha.”
“ Bahaya tu, Haris ni mesti banyak girlfriend kan?” Serkap jarang.
“Mmm, banyak, tapi tak ada yang special.” Wow, dia jawab dengan selamba.
“Saya banyak girlfriend, tapi semua cuma kawan biasa. Macam kawan lelaki.” Haris memberikan penjelasan tanpa dipinta.
“Tasya macam mana? Ada boyfriend?”
Aku tergelak kecil mendengar soalan cepumas itu.
“Haris rasa orang macam saya ni ada boyfriend ke?” Aku memulangkan soalan kepadanya.
Haris seolah-olah menelitiku melalui cermin pandang belakang.
“Pastinyaa beautiful lady like you ada boyfriend. Takkan takde langsung? I mean, Tasya cantik, mesti ramai yang sukakan Tasya. Don’t tell me masa Tasya kat universiti dulu takde seorang pun yang approach Tasya?”
Aku menggelengkan kepala. Zaman universiti, saya ialah orang lain, saya bukan seperti yang awak nampak sekarang. I was a different person. Aku tersenyum. Cuba untuk menutup mindaku daripada mengingati keaiban laluku.
“You got to be kidding me!”
“Betul. Takde.” Ringkas jawapanku.
“Wow. Tasya. Do you know what does that means?” Haris seperti teruja.
“Apa dia?”
“Maksudnya, saya ada peluang!”
“Hahahaha, so funny.” Aku berpura-pura tertawa.                                                            
Haris tertawa besar.
“Saya gurau je. Jangan marah.”
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Haris Haris... kalau aku tak tahu yang kau ni memang perangai gila-gila macam ni, sure aku dah pelangkung kau dengan kotak tisu kat belakang ni.
*****
Kami tiba di rumah daddy pada pukul 8 malam. Daddy dan Cik Ina sedang duduk bersantai di luar ketika kereta Suzuki Equator yang kami naiki memasuki pekarangan rumah. Daddy berdiri sejurus kereta berhenti. Haris keluar kemudian terus membukakan pintu kereta buatku. Daddy tersenyum melihat layanan Haris terhadapku. Weird smile you put on there, daddy. Haris ni memang biasa la buat perangai gentleman macam ni.
“ Sorry uncle, kami sampai lewat. This is your princess.” Haris mendepangkan tangan kanannya ke arahku.
“It’s okay. Uncle yang patut minta maaf, menyusahkan Haris dan abang Syukor je kena pergi ambilkan Tasya ni.” Daddy bersalaman dengan Haris dan Pakcik Syukor.
“ No problem, small matter, lagipun ibu yang request nak minta tolong Tasya ni.”
“Haris dan Pakcik Syukor kalau nak solat, boleh solat kat rumah ni, kat bawah ada bilik solat. Saya rasa better solat kat sini dulu, kalau nak singgah masjid tengah jalan jap lagi, takut dah tak sempat.” Aku memberikan cadangan ikhlas.
“Ha’ah, silalah abang Syukor, Haris, kain pelekat, sejadah, semua ada kat dalam bilik tu.” Pelawa daddy pula.
“Elok sangat lah tu. Saya pun sebenarnya baru je nak minta izin tumpang solat kat sini, jom lah Haris, dah lewat dah ni.” Pakcik Syukor mengajak Haris bersama-sama masuk ke dalam rumah.
Aku bersalaman dengan daddy dan Cik Ina kemudian terus masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat.
Cik Ina seperti biasa, mempamerkan wajah dan senyuman plastiknya kepadaku, kalau bukan kerana Haris dan Pakcik Syukor, sudah tentu babak bersalaman dengan Cik Ina tiada langsung dalam diari hari ini.
Seusai menunaikan solat, aku terus menuju ke ruang tamu. Pakcik Syukor dan Haris sedang duduk sambil berbual-bual dengan daddy dan Cik Ina. Aku duduk di atas sofa bersebelahan dengan daddy untuk menyertai mereka.
“Ha, Tasya, esok dalam pukul 9 pagi bersiaplah. Haris kata, nanti dia datang jemput kamu. Pakcik Syukor kena bawa Dato’ esok.” Lurus sahaja daddy memberikan arahan kepadaku.
“Eh. Haris duduk tak jauh kan? Tasya boleh pergi sendiri, tak payah datang ambil lah, lagipun Haris dah letih drive ambil Tasya hari ni.” Aku menolak arahan daddy berserta dengan alasan yang cukup bernas.
“Saya takde masalah, malam ni tidur, dah rehat, esok pagi dah boleh drive, bukan jauh pun, saya boleh ambil Tasya kat sini.” Haris memenangkan arahan daddy.
Apa susah sangat ni, dah aku kata aku drive sendiri, terima je lah permintaan aku tu.
“Eh, takpelah, Tasya boleh drive, betul, Haris tak perlu susah-susahlah.” Aku masih cuba untuk menolak cadangan daddy dan Haris. Takkan nak duduk berdua-duaan je dalam kereta.
“Tasya, kamu terima je lah cadangan daddy tu, lagipun esok daddy nak guna kereta, mama pun nak guna kereta, dua-dua kereta kitorang guna. Kereta Pesona yang lagi satu tu pun ada kat bengkel, tengah service.” Tiba-tiba Cik Ina bersuara memenangkan cadangan cadangan daddy dan pelawaan Haris. Mama? Uwek! Ini kali kedua kau perasan diri kau tu mama aku.
“Err, kalau macamtu, Tasya minta tolong Syifa hantarkan lah. Kitorang pun dah lama tak jumpa, Syifa mesti takde masalah nak hantar Tasya esok. Tasya taknaklah menyusahkan Haris, dia dah seharian drive hari ni,” aku masih lagi bersungguh-sungguh menolak cadangan daddy itu. Riak wajah daddy berubah tegang. Pasti daddy sedang geram dengan kedegilanku. Aku berpura-pura mengalihkan pandanganku kepada Haris dan Pakcik Syukor, lebih kepada strategi untuk meminta pertolongan agar permintaanku dihormati dan disokong.
“Macam ni lah Encik Muharrami, saya rasa Natasya ni segan agaknya dengan Haris. Saya faham, biasalah anak dara, sopan dan baik pula tu. Haris ni pula anak teruna. Kalau nak diikutkan pun, tak manis berdua-duaan walaupun dalam kereta. Apakata macam ni, Haris ajaklah kakak atau Datin untuk temankan Haris ambil Natasya. Pakcik rasa, diorang tu takde masalah, Datin mesti lagi suka.”
Akhirnya bantuan yang kutunggu-tunggu tiba juga. Cadangan daripada Pakcik Syukor memang sangat bernas. Aku sendiri berasa lega mendengar cadangannya itu. Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum kepada Pakcik Syukor sebagai tanda terima kasih. Pakcik Syukor turut tersenyum dan mengangguk kepadaku. Mungkin Pakcik Syukor ni orang yang alim-alim juga. Sebab tu dia faham. Alhamdulillah...
Daddy menghala pandangannya ke wajah Haris,
“Kamu macam mana, Haris? Okay ke dengan cadangan Pakcik Syukor?” 
“Saya okay je. Takde masalah,” Haris bersetuju dengan cadangan Pakcik Syukor. Serentak dengan itu, mata kami beradu, Haris tersenyum kepadaku. Aku turut membalas senyumannya dengan senyuman yang di paksa-paksa. Kau memanglah semuanya okay, takde masalah, aku ni yang banyak masalah.





No comments:

Post a Comment